“Tekak ni rasa macam nak makan masakan yang pedas-pedas lah, nak masak apa eh”
Buat anda yang memang gemarkan makanan pedas, memang tak sah kalau dalam sehari tak makan makanan yang ada cili padi kan? Tapi, bosan juga kalau nak makan masakan pedas sahaja mesti akan masak tomyam. Banyak lagi sebenarnya masakan pedas yang anda boleh cuba dan dalam yang sama mengingatkan kita dengan masakan kampung. Jom cuba masakan pedas ini!
1. MASAK LEMAK CILI API IKAN CENCARU BAKAR
Masak lemak cili api memang tak sah kalau tak pedas kan? Merupakan antara makanan yang popular berasal dari Negeri Sembilan, masak lemak cili api ini pasti akan menjadi kegemaran bagi sesiapa sahaja yang gemarkan makanan pedas. Boleh dimasak bersama daging, ikan atau ayam, anda pun boleh masak masakan ini dengan sukatan kepedasan ikut kehendak anda!
Resipi : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-ikan-cencaru-bakar
2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
Masakan sambal ini ada pelbagai dimana ada sambal yang manis dan ada sambal yang pedas. Tetapi buat anda yang gemarkan masakan pedas, memang tak sah kalau tak buat sambal udang kan? Bukan sahaja sambal udang kosong, gandingan yang menarik bersama terung pipit juga dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang gemarkan masakan pedas.
Resipi : http://myresipi.com/recipes/sambal-udang-bersama-terung-pipit
3. AYAM PEDAS TETEL
Antara makanan lain yang menjadi kegemaran anda yang suka makan pedas semestinya masakan asam pedas! Kiranya, masakan asam pedas sangat sesuai untuk dimakan tidak kira masa. Bila anda masak sendiri asam pedas ini, boleh lah tambah kehangatan pedas tu sendiri. Bagi anda yang tak tahu, tetel itu adalah asam pedas daging ya.
Resipi : http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-tetel
4. KARI HIJAU ALA THAI
Masakan Thai memang boleh dikatakan semua pedas-pedas belaka kan? Selain tomyam, salah satu masakan pedas dari Thailand adalah kari hijau. Memang kalau anda yang gemarkan makanan pedas tak akan melepaskan peluang untuk merasa masakan ini. Sampai berpeluh dibuatnya!
Resipi : http://myresipi.com/recipes/kari-hijau-ala-thai
5. KERANG PEDAS
Salah satu resipi yang pedas dan mudah untuk dimasak adalah kerang masak pedas. Boleh dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih, memang masakan ini akan membangkitkan selera anda terutamanya yang suka makan makanan pedas. Tak payah banyak lauk, ada lauk ini satu pun dah cukup untuk buat anda tambah nasi dua kali!
Resipi : http://myresipi.com/recipes/kerang-pedas
Sumber: MyResipi.com