Asuh

Cara Buat Air Kembang Semangkuk, Ikhtiar Ubati Batuk Anak

320
SHARES

Menjadi kerisauan ibu bapa yang paling utama apabila melibatkan kesihatan anak-anak. Ibu mana tak risau kalau anak asyik batuk tak sudah-sudah mulalah tidur pon tak lena entah mana puncanya pun tidak tahu.

Bermacam ikhtiar dah dibuat, ubat pun dah diberi tapi masih tak jalan juga batuk masih tak surut. Mungkin perlu mencuba cara lain mana tahu akan jadi baik.

Baca juga: Kandungan Pewarna Tiruan Boleh Buat Anak Jadi Agresif?

CARA BUAT AIR KEMBANG SEMANGKUK, IKHTIAR UBATI BATUK ANAK

Apa kata cuba pulak sedikit ilmu daripada Puan Mazliana Mazlan kongsikan dengan memberi anak minum air kembang semangkuk. Beliau suka berkongsi tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga di penulisannya. Kita cuba ikhtiar mungkin batuk anak semakin baik.

Cuba bagi anak minum air kembang semangkuk kalau diorang selalu sangat batuk atau kalau batuk, lambat nak sembuh. Atau kalau silap makan sikit, makin menjadi batuk.

Kembang semangkuk, nama lain dia malva nut. Orang kita suka makan dengan laici kang. Sedap hirup air laici kang waktu panas kan.

Kembang semangkuk ni, ada kandungan bassorin. Bantu untuk kurangkan radang pada sel badan kita.

Kalau anak demam, batuk, selesema, saya akan bagi air putih yang dah direndam kembang semangkuk. Rasa dia sama je, takde beza pun dengan air putih.

LANGKAH PENYEDIAAN KEMBANG SEMANGKUK:

– Ambil sebiji, rendam dalam satu jug air.

– Biji saiz macam ni je. Keras pulak tu kulit dia.

– Lepas dah rendam, ia akan jadi berbunga macam tu.

– Rendam dalam jug sampai keluar bunga macam ni, kemudian bagi anak minum okay.

Bagi anak minum sampai habis. Buat setiap hari, selagi anak tak sembuh.

Kadang tu bila minum, kahak pun jadi cair dan mudah nak keluar. Maka, batuk anak jadi cepat baik. Dengan izinNya.

Saya beli dari Giant je. Korang boleh cari kat mana-mana pasaraya, bahagian rempah ratus. Cari di kedai sensei Cina pun biasanya ada.

BAIK JUGA UNTUK UBATI SEMBELIT

Satu lagi, kembang semangkuk ni boleh jadikan air pelawas jugak tau. Kalau ada anak yang kerap sembelit, korang boleh gantikan air kembang semangkuk dan bagi anak setiap hari, macam anak minum air putih.

Saya percaya, setiap jenis makanan yang Allah cipta, ada khasiatnya tersendiri pada kesihatan kita.

Nampak biji kembang sembangkuk ni kecil je, macam takde apa-apa kepentingan pun. Tapi, nilainya pasti sangat besar kalau Allah izinkan ianya serasi dengan anak kita.

Sama-sama kita cuba ya.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×