Asuh

Kandungan Pewarna Tiruan Boleh Buat Anak Jadi Agresif?

45
SHARES

Makanan yang bewarna bukan sahaja menarik golongan dewasa untuk menikmatinya, malah golongan kanak-kanak juga tertarik. Pantang nampak cantik mesti rasa nak makan kan? Tidak kisahlah apa jenis hidangan sekali pun kek, aiskrim, gula-gula dan banyak lagi.

Namun, tahukah ibu bapa bahawa makanan dan minuman yang mengandungi pewarna tiruan ini boleh buatkan tingkah laku anak-anak jadi agresif dan sukar untuk dikawal.

Baca juga: 5 Penyebab Anak Jadi Keras Kepala, Tak ‘Makan Saman’!

KANDUNGAN PEWARNA TIRUAN BOLEH BUAT ANAK JADI AGRESIF?

Nak tahu lebih lanjut? Mari kita ikuti perkongsian oleh Puan Mazliana Mazlan yang gemar berkongsikan pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga di laman Facebook beliau.

Ini kesan pada otak anak sebab ambil makan minum yang ada pewarna tiruan dengan kerap. Nampak tak gambar pertama. Otak sebelah kanan, makin banyak dot warna merah dan putih, berbanding yang belah kiri.

Dot merah dan putih itulah yang tunjukkan otak anak ini terlebih aktif dan sensitif. Yang warna biru, itu aktiviti otak yang normal. Warna merah dan putih yang berlebihan, itu tak normal.

Ibu ayah anak ni, pelik dan risau. Bila anak makan makanan tinggi pewarna merah, mesti anak akan jadi agresif dan tak boleh nak dikawal. Lama mereka cari punca. Rupanya bila hentikan pewarna makanan tiruan dari anak, terus behavior anak jadi macam biasa.

Reaksi alergik, tak semestinya dengan timbul ruam satu badan, gatal kulit, bersin tak berhenti. Behavior berubah jadi pelik pun, salah satu dari reaksi yang boleh berlaku, cuma kita selalunya tak perasan sangat.

Elakkan anak-anak kita dari pewarna makanan tiruan. Terlalu banyak ada dalam makanan ultra processed.

Makanan tinggi pewarna macam ni, anak memang suka. Mereka tertarik dengan warna yang terang dan cerah. Naikkan selera mereka nak makan. Tapi, ia akan bawa kesan buruk pada otak anak jika kita tak kawal pengambilannya.

Aiskrim rainbow ni anak-anak suka sangat.

Cake pon ada. Elakkan ya kalau boleh.

Yogurt pun ada pewarna tiruan, yang anak-anak patut elakkan tau.

Banyak makanan ultra processed tak boleh elak dari guna pewarna tiruan.

Jus buah pun ada. Kita ingat dah sihat sebab nama jus buah kan.

Taknak jadikan makanan tinggi pewarna macam ni sebagai sarapan pemula hari anak okay.

Nak makan pun nampak seram, banyak sangat pewarna yang ada.

Dalam kicap pun ada pewarna.

Warna terang macam ni, anak-anak memang suka nak makan.

Candy dan lollipop, antara makanan yang paling banyak pewarna.

Gummy bear macam ni, suka betul anak-anak makan.

Apa saja jenis minuman, elakkan yang terlalu terang warnanya. Kebanyakan memang ada pewarna tiruan walaupun katanya dari buah anggur asli, mesti ada pewarna warna ungu digunakan.

Cuba elakkan, makan minum yang ada pewarna tiruan macam dalam gambar, di rumah kita. Apatah lagi pewarna makanan tiruan, yang kita sendiri guna untuk baking dan masak makanan anak-anak.

Ada pewarna atau tak, rasanya tetap sama kan. Yang beza, cuma warna yang boleh tarik perhatian anak. Tapi bila kita tahu ianya tak elok untuk otak dan minda anak dalam jangka masa panjang, mesti tak sanggup lagi dah kita nak masukkan dalam adunan kek yang anak minta.

Sama-sama kita cuba ya, perhatikan apa yang anak makan setiap hari.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×