Asuh

5 Penyebab Anak Jadi Keras Kepala, Tak ‘Makan Saman’!

7
SHARES

Dalam mendidik anak-anak banyak perkara ibu bapa pelajari dan akan sentiasa belajar. Ilmu keibubapaan tidak akan pernah habis kerana ia sebahagian daripada ilmu kehidupan yang sentiasa dipraktikkan.

Kadang-kala ibu bapa merasakan apa yang diajar itu sudah bagus sudah sempurna untuk mendidik anak-anak. Tetapi di mata mereka ia dianggap sebaliknya sehingga mencetuskan perasaan marah dalam diri anak itu sendiri, selain berupaya menjadikan anak itu menjadi keras kepala atau degil.

Baca juga: Ini 5 Tanda Anak Ada Masalah Visual Ketika Menulis, Alert!

5 PENYEBAB ANAK JADI KERAS KEPALA

Oleh itu, mari kita selami pencerahan yang dikongsikan oleh Taufiq Razif iaitu seorang penulis dan pendidik ilmu keibubapaan. Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.

5 PENYEBAB ANAK JADI KERAS KEPALA

1. HYPERCRITICAL

Bila ibubapa terlalu suka kritik setiap perbuatan anak:

– Anak buat salah sikit, kena kritik

– Anak cuba buat sesuatu, kena kritik

– Anak cuba bantu, kena kritik

2. LABELLING

Bila ibubapa suka label batang tubuh anak:

– Awak ni PEMALAS

– Awak ni DEGIL

– Awak ni NAKAL

3. PERMISSIVE

Bila ibubapa terlalu ikut cakap anak dan dikuasai anak anaknya sendiri:

– tak mampu tengok anak menangis langsung

– tak tahan bila anak merengek nak sesuatu

– semua permintaan anak ditunaikan

– biarkan anak buat sesuka hati mereka

– takut dengan anak sendiri

4. NEGLIGENCE

Anak yang merasa diabaikan biasanya mempunyai tangki emosi yang kosong jadi dia akan guna apa sahaja cara untuk mendapatkan perhatian ibubapanya kembali dengan cara:

– memberontak

– melawan

– protes

– bersikap kasar

5. PUNITIVE DISCIPLINE

Bila ibubapa terlampau menggunakan hukuman dalam membentuk dan mendidik anak

ADA 2 JENIS CARA UNTUK DISIPLINKAN ANAK:

1. PUNITIVE DISCIPLINE

– gunakan hukuman

2. RESTORATIVE DISCIPLINE

– lebih banyak gunakan tunjuk ajar, teguran, galakan, pujian dan sokongan

Hukuman ni umpama garam dalam masakan. Ianya diperlukan untuk menyedapkan makanan tetapi jangan sampai berlebihan.

p/s : Tolong simpan ilmu ini dan kongsikan pada pasangan masing-masing juga sebab ilmu ni sangat sangat penting untuk didik anak masing masing

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×