Famili

5 Persediaan Sebelum Hamil Ini Boleh Kurangkan Risiko Anak Autisme

14
SHARES
ANAK AUTISME

Anak autisme boleh berlaku disebabkan beberapa punca seperti keadaan persekitaran. Walau bagaimanapun, ibu ayah jangan risau kerana risiko bayi autisme dapat dikurangkan dengan melakukan persediaan sebelum hamil.

5 persediaan seperti perkongsian di bawah ini perlu diambil berat agar bayi dalam kandungan sihat seperti biasa. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Anak Makin Menjauh Dan Tak Selesa Bila Perangai Ibu Bapa Terlalu Garang…

5 PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL BOLEH BUAT, ELAK ANAK AUTISME

ANAK AUTISME

1. Makan makanan tinggi zat besi

Kajian mendapati pada tahun 2014, ibu hamil yang kekurangan zat besi boleh meningkatkan risiko anak mengalami autisme sehanyak 1.7 kali ganda semasa melahirkan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, ibu-ibu boleh mengambil suplemen zat besi secara berkala sejak awal kehamilan. Bukan itu sahaja, ibu juga perlu membiasakan diri dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti daging merah, telur, makanan laut dan kekacang.

2. Elakkan pengambilan ubat sawan biasa

Beberapa ubat sawan, seperti asid valproik, carbamazepine dan lamotrigin, boleh meningkatkan risiko autisme pada kanak-kanak.

Bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini, ibu hamil dinasihatkan untuk berbincang dengan pakar terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

Antara langkah boleh dilakukan oleh doktor adalah menghentikan ubat itu buat sementara waktu atau menggantikannya dengan yang lebih selamat.

3. Makan suplemen asid folik

Pengambilan suplemen asid folik memainkan peranan penting dalam pembentukan bayi ketika ibu mengandung. Pengambilan boleh bermula dari awal kehamilan atau sebelum.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pengambilan asid folik secara berlebihan boleh meningkatkan risiko autisme. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

4. Berhenti merokok

Baik lelaki atau wanita yang merokok, kedua-dua perlu berhenti merokok jika isteri mengandung. Hal ini kerana bahan di dalam rokok boleh meningkatkan risiko autisme.

Kajian pada 2021 mendapati ibu bapa yang merokok sama ada secara aktif atau pasif mempunyai risiko lebih tinggi untuk melahirkan anak autisme.

Kandungan bahan dalam asap rokok boleh mengubah struktur gen dalam badan. Lelaki yang merokok juga telah terbukti merosakkan gen dalam sperma.

5. Rancang kehamilan pada usia yang produktif

Kajian pada 2020 mendapati kehamilan pada usia lebih tua iaitu umur ibu 35 tahun ke atas boleh meningkatkan risiko anak autisme.

Menurut artikel di laman Verywell Health, kehamilan boleh dirancang apabila ibu berusia antara 21 – 35 tahun. Walau bagaimanapun, boleh dapatkan nasihat doktor mengenai perkara ini.

Terdapat banyak punca boleh berlakunya autisme. Dengan persediaan awal, diharapkan bayi dapat dilahirkan dalam keadaan sihat seperti yang diinginkan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

Sumber: IDN Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×