Asuh

Anak Makin Menjauh Dan Tak Selesa Bila Perangai Ibu Bapa Terlalu Garang…

10
SHARES
IBU BAPA GARANG

Ibu bapa garang merupakan perkara normal namun ia tidak boleh dibiarkan kerana jika terlalu menggunakan emosi, boleh membuat anak makin menjauh dan tidak selesa.

Hal ini seperti yang dikatakan oleh pengguna Facebook bernama Shah Hakimi seorang Terapi Trauma. Jelasnya, perkara sebegini nampak kecil tetapi meninggalkan kesan mendalam kepada anak.

Baca juga: 30 Soalan Untuk Tanya Anak Lepas Balik Sekolah, Boleh Tingkatkan Kemahiran Bercerita!

IBU BAPA GARANG PUNCA ANAK MAKIN MENJAUH

IBU BAPA GARANG

Anak akan menjauh dan tak selesa dengan ibu ayah jika terlalu garang dan menakutkan. Ini adalah perilaku biasa bagi sesiapa pun.

Jika kita dimarahi, pastinya akan datang rasa takut. Jika kita rasa takut, kita akan rasa nak lari atau jauhkan diri daripada orang tersebut.

Perilaku di atas juga tidak terlepas pada anak kita. Malah banyak lagi kesan buruk pada anak jika kita terlalu garang dan buatkan anak terlalu takut dengan kita.

Namun yang terjadi dan dirasai oleh anak kita lebih menakutkan. Sebabnya ketakutan mereka dirasai setiap hari dan setiap masa apabila berada bersama kita.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan selalu bingung dan keliru kerana tidak tahu sebab kena marah. Ada sahaja yang tak kena dan bermasalah.

Bayangkan ketakutan ini akan diusung oleh anak kita sampailah mereka dah tua. Sampai ada yang dah dewasa pun, duduk sebelah ibu ayah pun boleh terdiam, ‘blank’, rasa ada yang tak kena, gelisah, sangat sensitif, ada juga akan sakit secara tiba-tiba dan banyak lagi berbeza-beza ikut orang.

Biasanya kita tidak akan faham beberapa atau banyak tindakan anak kita yang di sebalik setiap perilaku mereka adalah untuk elak atau lari daripada kita.

Ini akan membuatkan mereka kurang bercakap dengan kita, lagi suka berada bersama kawan-kawan dan kurang masa untuk bersama kita.

Lebih menyedihkan bila ibu ayah sendiri tak perasan pun yang mereka dah mula berperilaku begitu sejak kecil lagi. Jadi, berpada-pada bila nak marah anak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ayah Kongsi Pengalaman Bawa Anak Autisme Tunaikan Umrah, Tak Mudah Tapi Tak Mustahil

Sumber: Facebook Shah Hakimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×