Asuh

Orang Kata Dapat Anak Perempuan ‘Beban’ Tapi Sebenarnya Ada Kelebihan Menurut Islam

5
SHARES
KEUTAMAAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan mengenai keutamaan memiliki anak perempuan menurut pandangan Islam. Terdapat beberapa hadis tentang perkara itu dan ibu bapa dinasihatkan agar gembira sekiranya dikurniakan zuriat perempuan.

Dengan kehadiran anak perempuan, banyak perkara akan dipelajari oleh ibu ayah dan sekali gus membuatkan diri mereka menjadi insan lebih baik.

Baca juga: Hukum Rotan Anak Rupanya Haram Kalau Sampai Melarat Macam Ini…

KEUTAMAAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN DALAM PANDANGAN ISLAM

KEUTAMAAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

“Siapa yang mendidik dua anak perempuan hingga ia dewasa, maka ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku dan dia..” Lantas Nabi SAW mendekatkan jari jemarinya. (HR. Muslim no. 2631).

Terdapat beberapa sebab Islam melebihkan perhatian pendidikan kepada anak perempuan:

1. Sebab ada sesetengah orang tak suka perempuan macam zaman jahiliyah sebelum Islam. Sebab itu disebutkan dalam hadis yang dikaji bahawa anak perempuan adalah ujian kerana umumnya ramai yang tidak menyukainya. Sebagaimana dijelaskan juga tentang keadaan orang musyrik.

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدً ّا وَهُوَ كَظِيمٌ

“Dan jika salah seorang di antara mereka diberi kabar tentang (kelahiran) anak perempuan, maka hitamlah (merah) mukanya, dan dia sangat marah”. (QS. An Nahl: 58).

2. Wanita dibekalkan dengan pendapatan yang lebih.

3. Mendidik anak perempuan lebih sukar.

4. Pendidikan yang baik untuk kanak-kanak perempuan akan menjadikan mereka meneruskan pendidikan ini kepada anak-anak mereka yang akan datang dan wanitalah yang bertindak sebagai pendidik di rumah.

5. Mendidik anak perempuan boleh mencerminkan kelembutan hati. Hal ini kerana anak perempuan sudah tentunya berhati lembut dan penuh dengan kasih sayang. Secara tidak langsung akan membuatkan ibu bapa lebih sabar dan penyayang.

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang dibebani dengan tanggungjawab memelihara dan memelihara anak-anak perempuan, kemudian dia memelihara dan memelihara mereka dengan baik, nescaya mereka akan menjadi pelindungnya dari api neraka.” Hadis dari Bukhari, Muslim dan Tirmizi.

Baca juga: Banyak Manfaat Kalau Bagi Anak Tidur Siang, Mommy Pun Boleh Rehat!

Sumber: Fiqih Wanita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×