Impian setiap orang pasti ingin memiliki rumah sendiri namun itu bukanlah perkara mudah kerana harga semakin meningkat. Pelbagai persediaan sebelum beli rumah perlu difahami untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Memang bahaya kalau main beli tanpa melakukan sebarang kajian. Jadi, sekiranya anda bercita-cita untuk memiliki rumah dalam masa terdekat, kami kongsikan 6 persediaan penting wajib ikut.
Baca juga: Cara Baiki TV Rosak Berjalur Guna Salotape Sahaja, Memang Jimat Banyak!
INI 6 PERSEDIAAN SEBELUM BELI RUMAH YANG ANDA WAJIB TAHU
1. Sediakan sekurang-kurangnya 10% hingga 15% deposit rumah. Jangan sediakan cukup-cukup simpanan tersebut. Jika rumah lelong atau subsale, perlu dibaiki dan touch up semula sama ada untuk duduk sendiri atau disewakan kepada orang lain.
Untuk rumah underconstruction, anda akan dapat cash back. Maka boleh guna duit itu untuk membaiki rumah.
2. Jangan bina hutang negatif terlalu banyak di awal pekerjaan anda kerana ia boleh menjadi penyebab loan tak lepas disebabkan komitmen terlalu tinggi.
3. Jangan ikut kawan-kawan ya nak apply kredit kad dan personal loan jika tak ada apa-apa keperluan.
4. Jika sukar untuk menyimpan, mulakan dengan ASBF. Rasa perit nak menyimpan pada awalnya tetapi di akhirnya akan terasa manis apabila melihat hasil simpanan beranak pinak selepas beberapa tempoh tahun.
5. Jangan beli kereta yang mahal sangat kerana ia boleh menjejaskan kiraan anda. Tips beli kereta yang sesuai adalah daripada jumlah setahun gaji kita.
Contoh RM3000 X 12 bulan = RM36,000
Pakai kereta biasa-biasa sahaja dulu, tetap sampai ke tempat kerja.
6. Setiap bulan usahakan tingkatkan simpanan. Macam mana caranya? Jika tak dapat kurangkan komitmen maka perlu cari tambahan pendapatan untuk recover semula.
Sukar memang sukar. Perit memang perit. Di mana ada usaha, InsyaAllah akan dimudahkan urusan anda kita untuk keluar daripada kemelut masalah kewangan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua dan selamat menabung!
Baca juga: AWAS! Musim Panas Sekarang, Jangan Simpan 10 Barang Ini Dalam Kereta, Bahaya!
Sumber: Facebook Syafieqah A’lya