Asuh

6 Pesanan Ayah Kepada Anak Menerusi Surah Luqman, Kehidupan Lebih Tenang…

19
SHARES
PESANAN AYAH KEPADA ANAK

Enam pesanan ayah kepada anak menerusi surah Luqman di bawah perlu dititikberatkan supaya kehidupan lebih tenang dan berpaksikan agama Islam.

Luqman al-Hakim merupakan seorang yang disebut namanya di dalam al-Quran yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya kepada anaknya sehingga Allah turunkan satu surah yang dikenali dengan Surah Luqman.

Baca juga: Hati-Hati Bila Didik Anak Lelaki, Jangan Sampai Dia Sakiti Isteri Dan Keluarga Sendiri Nanti…

6 PESANAN AYAH KEPADA ANAK MENERUSI SURAH LUQMAN

PESANAN AYAH KEPADA ANAK

1. Tidak mensyirikkan Allah SWT

وَاِذْ قَالَ لُقْمٰنُ لِابْنِهٖ وَهُوَ يَعِظُهٗ يٰبُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللّٰهِ ۗاِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيْمٌ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Lugman berkata kepada anaknya, pada waktu a memberi pelajaran kepadanya, ‘Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah (syirik), sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. (Luqman: 13).

2. Sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapa

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِۚ حَمَلَتْهُ اُمُّهٗ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ وَّفِصَالُهٗ فِيْ عَامَيْنِ اَنِ اشْكُرْ لِيْ وَلِوَالِدَيْكَۗ اِلَيَّ الْمَصِيْ

Maksudnya: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” 

3. Setiap perbuatan akan dibalas

(Lukman berkata), ”Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha halus lagi Maha Mengetahui.

4. Mendirikan solat, berdakwah dan bersabar

Wahai anakku! Laksanakanlah salat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.

5. Jangan sombong, jaga adab berbicara dan jangan angkuh

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18).

6. Tawaduk, sederhana dalam berjalan dan pertuturan

وَاقْصِدْ فِيْ مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَۗ اِنَّ اَنْكَرَ الْاَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيْرِ ࣖ

Maksudnya: “Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Bayi Suka Hisap Jari, Biarkan Atau Patut STOP Tabiat Ini? Penjelasan Lanjut Di Sini

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×