Asuh

Bayi Suka Hisap Jari, Biarkan Atau Patut STOP Tabiat Ini? Penjelasan Lanjut Di Sini

186
SHARES
BAYI HISAP JARI

Bayi hisap jari merupakan perkara biasa dan akan berhenti sendiri tepat pada masanya. Ada kajian mengatakan bahawa antara kelebihan hisap jari adalah memberi ketenangan diri.

Walau bagaimanapun, perbuatan ini juga boleh menyebabkan masalah pertumbuhan gigi dan rahang sekiranya menghisap jari terlalu lama.

Baca juga: Hati-Hati Bila Didik Anak Lelaki, Jangan Sampai Dia Sakiti Isteri Dan Keluarga Sendiri Nanti…

BAYI HISAP JARI ADA BANYAK KELEBIHAN DAN KEBURUKAN

BAYI HISAP JARI

Antara punca bayi hisap jari adalah refleks semula jadi kepada bayi baru lahir untuk membantu mereka menyusu. Sesetengah bayi menghisap jari kerana ia boleh memberi ketenangan diri, rasa lebih selamat dan mudah untuk tidur.

Bayi biasanya akan menghisap jari sehingga mereka berusia 4 tahun dan pada usia 8 tahun hanya 1 daripada 20 kanak-kanak yang menghisap jari.

Walaupun ada kelebihan namun perbuatan bayi hisap jari juga ada beberapa keburukan. Antaranya adalah:

1. Overbite

Masalah gigi seperti overbite atau jongang boleh berlaku sekiranya si bayi menghisap jari terlalu lama sehingga berusia 5 tahun. Kira-kira sebanyak 2mm akan bertambah kerana rahang bergerak.

2. Gangguan pertuturan

Lidah akan bergerak ke hadapan dan ke belakang apabila kanak-kanak menghisap ibu jarinya. Menghisap secara berulang kali dan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan si kecil mengalami masalah lisps iaitu kesukaran untuk bercakap dan menelan.

3. Open bite

Komplikasi ini berlaku apabila gigi tidak sejajar dengan betul semasa mulut ditutup. Ketidakjajaran gigi disebabkan oleh tindakan berulang meletakkan ibu jari di antara gigi.

4. Lelangit mulut semakin sensitif

Lelangit mulut bayi akan lebih sensitif kerana kerap menghisap ibu jari.

5. Masalah pernafasan

Walaupun perkara ini jarang berlaku namun kerap menghisap jari boleh mengakibatkan masalah pernafasan. Ini kerana lelangit mulut lebih tinggi dan lebih sempit serta struktur hidung boleh terjejas.

BILA IBU PERLU AMBIL TAHU TENTANG INI?

Ibu ayah perlu ambil tahu dan risau apabila perbuatan menghisap jari mula menjejaskan lelangit mulut dan susunan gigi. Risiko ini bergantung kepada kekerapan si kecil menghisap jari.

Jika bimbang dengan kesan menghisap jari, anda boleh bawa mereka berjumpa dengan doktor gigi.

Baca juga: Bila Bawa Anak Kecil Keluar Rumah Pastikan Ikut Adab Ini, Takut Nanti Ada Yang ‘Ikut’ Balik

Sumber: Pregnancy Birthday Baby

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×