Apabila membawa anak kecil berjalan-jalan, pastikan ibu ayah pentingkan adab keluar rumah supaya perkara yang tidak diingini dapat dijauhkan.
Jangan sesekali beranggapan ini merupakan perkara biasa kerana kesannya boleh menyebabkan si kecil sukar untuk tidur malam, selalu menangis dan lain-lain.
Baca juga: Ibu Kongsi 5 Tips Didik Anak Jadi Soleh, Dapat 15K Shares!
ADAB KELUAR RUMAH BILA ADA ANAK KECIL, PENTING
Semalam saya ada beberapa hal menegur ibu bapa yang sering kali membawa anak kecil keluar pada waktu malam sampai diganggu makhluk halus.
Jadi, hari ini saya nak berkongsi di antara adab yang perlu kita lakukan sebelum keluar dan selepas balik ke rumah.
Bila keluar rumah:
1. Alas kepala anak dengan kain
Boleh juga alas dengan kopiah, tudung, topi atau tuala kecil.
2. Sediakan air penawar
Baca 7 kali surah al-Fatihah pada air botol. Kemudian tarik nafas sedalamnya, tahan 7 saat dan hembus perlahan-lahan pada air tersebut. Bagi minum sebelum keluar rumah.
3. Baca surah pilihan
Tadah tangan, sambil membaca:
- al-Fatihah
- Ayat Kursi
- 3 Qul
Kemudian tiup di tapak tangan dan sapu keseluruh badan anak dan juga ibu bapa sendiri.
4. Baca doa keluar rumah
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
‘Bismillahi Tawakkal Tu A’lallah, Laa haw laa wala Quwata Illa Billah’.
Bila masuk rumah:
1. Memberi salam
2. Membaca doa
بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا.
Bismillaahi Wa Lajnaa Wa Bismillaahi Khorojnaa Wa’alallohi Robbina Tawakkalnaa.
3. Langkah kaki kanan dan mandi
Seeloknya mandikan anak. Ibu bapa pun mandi sekali. Kalau jenis tak mandi waktu malam. Lap lap badan dengan kain basah pun boleh.
4. Minum air penawar
Minum air penawar yang di buat sebelum keluar rumah tadi supaya masing-masing dalam keadaan bersih zahir dan batin.
Untuk amalan bonus yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW. Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap pagi dan malam sebelum tidur.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
A’udzu bikalimatillahi taammati min syarri maa khalaq.
Tiup di tapak tangan dan sapu dari ubun ubun kepala anak sampai hujung jari kaki.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 15 Perangai Ibu Ayah Yang Anak Cepat Tiru, Jangan Ambil Ringan Yang No 4 Ini!
Sumber: Facebook Ali Alias