Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar tempat kediaman ke suatu tempat yang seseorang itu akan tinggal selama tempoh 90 hari atau lebih hendaklah membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.
Oleh kerana kita berada dalam fasa PKP 3.0, temujanji secara atas talian JPN boleh dibuat dahulu supaya memudahkan proses penukaran alamat anda nanti.
Cara & Syarat Mohonan Tukar Alamat Kad Pengenalan
1.Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN.
2.Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
3.Alamat mestilah menggunakan alamat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja atau pejabat atau organisasi atau alamat peti surat (P.O. Box) tidak dibenarkan.
4.Bagi pemohon yang berumur bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu, bapa atau penjaga
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan
-Dokumen Pemohon (Asal)
-Kad Pengenalan.
Dokumen Sokongan
-Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)
Bayaran Yang Dikenakan
Warganegara
– Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM10.00
Bukan Warganegara
– Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru: RM40.00
*Selaras dengan pengumuman Kerajaan berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 1 hingga 14 Jun 2021, semua urusniaga di kaunter pejabat JPN termasuk di UTC adalah ditangguhkan sepanjang tempoh ini kecuali bagi urusan kes-kes kecemasan sahaja.
Sumber: JPN