DIY & Kraf

Menyesal Letak Nama Anak Panjang Sangat, Ini Cara Tukar Nama Anak Di JPN

42
SHARES

Setiap ibu bapa pasti gembira bila dikurniakan cahaya mata dan teruja untuk memilih nama buat si kecil mereka. Ada ibu bapa yang ingin memberi nama panjang dan ada juga yang memilih untuk memberi nama anak secara pendek dan senang untuk diingati.

Kepada ibu bapa yang berhasrat untuk menukar nama anak, berikut merupakan langkah dan syarat perlu diketahui sebelum ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ikuti caranya di bawah.

Baca juga: Cara Check Siapa Link Dengan Akaun Bank Anda, Elak Scammer!

MENYESAL LETAK NAMA PANJANG SANGAT, CARA TUKAR NAMA ANAK DI JPN

A. Pengubahan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah (1) Tahun. 

Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

Permohonan pengubahan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

1. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.

2. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen yang perlu dikemukakan:

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK 81)(asal).

vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.

Pemohonan berharga RM5

Borang yang diperlukan: 

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan

BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga

*Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan.

B. Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur Di Bawah 21 Tahun 

Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi kanak-kanak berumur satu (1) tahun dan tidak melebihi 21 tahun.

Permohonan kemasukan nama kanak-kanak boleh dibuat oleh individu seperti berikut:

1. Pemilik Sijil Kelahiran.

2. Ibu atau bapa kandung kanak-kanak.

3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen yang perlu dikemukakan: 

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).

vi. Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada.

Pemohanan berharga RM5

Borang yang diperlukan:

JPN.LM21 – Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan.

BMK 81 – Borang Maklumat Keluarga.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

C. Sijil Kelahiran Bagi Kemasukan Nama Kanak-Kanak Berumur 21 Tahun Dan Lebih

Permohonan untuk memasukkan nama dalam Sijil Kelahiran yang telah didaftarkan tanpa nama bagi individu berumur lebih 21 tahun.

Permohonan Kemasukan Nama Kanak-kanak Berumur 21 Tahun dan lebih boleh dibuat oleh individu berikut:

1. Pemilik Sijil Kelahiran.

2. Ibu atau bapa kandung.

3. Penjaga yang sah (disertakan surat kebenaran penjagaan kanak-kanak dari JKM).

Dokumen Yang Diperlukan (asal dan salinan) 

i. Borang JPN.LM21 (asal).

ii. Sijil Kelahiran individu (asal).

iii. Kad Pengenalan ibu dan bapa (asal dan salinan).

iv. Borang Akuan (AM80) ibu dan bapa (asal).

v. Borang Maklumat Keluarga (BMK81)(asal).

Dokumen Perkahwinan ibubapa – jika ada

Pemohanan berharga RM50

Borang yang  diperlukan: 

JPN.LM21-Permohonan Kemasukan Nama/Pembetulan Maklumat.

AM 80 – Borang Akuan

BMK 81-Borang Maklumat Keluarga

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Sila gunakan borang asal semasa mengemukakan permohonan

Sebarang pertanyaan boleh rujuk laman web rasmi JPN.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×