40 Minggu

Permohonan MyKid 2022 Telah Dibuka Semula, Bawa Dokumen & Walk-In Sahaja!

6.7K
SHARES
permohonan mykid 2022

PERMOHONAN MYKID 2022

Setelah sekian lama ramai dalam kalangan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata tertanya-tanya mengapa bayi baru lahir hanya diberikan sijil lahir sahaja semasa membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Namun, atas sebab tertentu, JPN telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka melakukan penangguhan pengeluaran permohonan MyKid sehingga Mac 2022 bagi memberi laluan penambahbaikan MyKid itu sendiri.

Terkini, permohonan MyKid 2022 sudah boleh dilakukan oleh mak ayah setelah perkongsian dari Facebook Noorhaslindah Mohd Aras mendapat sambutan. Tak payah susah-susah, mak ayah hanya perlu walk-in sahaja untuk buat pendaftaran MyKid ini.

Baca juga: ‘Betul-Betul 10cm Baru Teran’- Bersalin 3 Anak Semuanya Tanpa Jahitan, Ibu Ini Kongsi Tips

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀

permohonan mykid 2022

WALK IN SAHAJA TIDAK PERLU BUAT APPOINTMENT

Dokumen yang diperlukan:

1. Photostet ic bapa

2. Photostet ic ibu

3. Photostet sijil lahir

4. Photostet sijil kahwin

𝐒𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐎𝐑𝐈𝐆𝐈𝐍𝐀𝐋

𝟏. Sijil kahwin

𝟐. 𝐒ijil lahir

𝐈𝐁𝐔 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 PERMOHONAN 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐃  𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐍𝐀𝐊

1. Sila ke JPN dan bawa dokumen yang diperlukan

2. Selepas sampai di JPN Putrajaya sila naik lift atau escalator ke tingkat 3

3. Sila ke kaunter untuk ambil nombor dan mereka akan minta sijil lahir original baby

4. Selepas tu mereka akan bagi kertas untuk serah di kaunter 6

5. Serah kertas tu ke kaunter 6 dan tunggu nama di panggil

6. Tunggu selama sejam dan mereka akan panggil nama ibu untuk ambil mykid.

Waktu urusan kaunter JPN.

Sumber: Noorhaslindah Mohd Aras

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×