Selari dengan perkembangan teknologi yang berkembang ke arah pendigitalan secara berperingkat, semua bidang terutamanya dalam sektor kerajaan telah beralih kepada penggunaan MySejahtera. Ini termasuk juga dengan sistem kesihatan dan terbaharu ramai yang menyarankan supaya boleh buka buku pink secara online.
Lebih mudah dan praktikal, ramai dalam kalangan ibu menyuarakan pendapat bahawa sistem buku pink ini boleh menjadi semakin maju seperti perkhidmatan pergigian menerusi aplikasi sejak Mei lalu.
Baca juga: Trend Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…
BUKA BUKU PINK SECARA DIGITAL, YANG LAMA DAH LAPUK?
Jadi, warganet menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menukar penggunakan buku rekod kehamilan daripada buku fizikal (buku pink) kepada bentuk digital.
“Patutnya dah 2023 ni, buku pink harus pupus sudah dan semua rekod patut digitalisasi. Lambatnya KKM ni,”
Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil. Dengan adanya rekod secara digital, ini membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti.
Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan. Risiko untuk buku tersebut hilang dan rosak menjadi faktor utama ramai yang menggesa supaya sistem diperbaharui.
“Mungkin sebab masih tak praktikal untuk kawasan yang tiada/kurang akses internet. Ada yang duduk bandar tapi bersalin di kampung or vice versa, still kena ada rekod hardcover jugak..”
Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan. Antara fungsi lain adalah:
1. Merekod maklumat perubatan ibu semasa hamil, kelahiran dan lepas bersalin.
2.Setiap ibu hamil mempunyai dua salinan buku rekod, satu salinan disimpan di klinik dan satu salinan disimpan oleh ibu itu sendiri.
3.Diberikan kepada ibu hamil semasa sesi lawatan pertama.
4.Buku ini perlu disimpan oleh ibu dan dibawa setiap kali melakukan pemeriksaan sama ada di hospital/ klinik swasta atau kerajaan.
5.Buku ini perlu dibawa ke mana-mana sahaja terutamanya perjalanan jauh.
*Kalau semua sistem mudah untuk diakses secara digital, tidak salah rasanya untuk diperbaharui bukan? Apa kata anda?
Baca juga: Hanya RM2 Sahaja, Ini Cara Buat Janji Temu Scaling Gigi Klinik Kerajaan Guna MySejahtera
Sumber: KKMalaysia, Twitter @aprilishx