Mencuci gigi atau scaling gigi merupakan rawatan pergigian yang perlu dilakukan setiap 6 bulan. Namun, berdasarkan kos rawatan ini yang tinggi di kebanyakan klinik swasta, ramai yang mengambil inisiatif untuk menggunakan perkhidmatan scaling gigi klinik kerajaan yang lebih murah!
Namun, ada yang mengatakan agak sukar untuk membuat rawatan scaling gigi ini di klinik kerajaan kerana prosesnya. Rupanya mudah sahaja nak buat janji temu scaling ini melalui aplikasi MySejahtera. Jom tengok caranya!
Baca juga: 9 Makanan Mommy Boleh Ambil Untuk Tambah Berat Janin Dalam Kandungan, Baru Baby Sihat!
CARA BUAT JANJI TEMU SCALING GIGI KLINIK KERAJAAN GUNA MYSEJAHTERA
Mulai 15 Mei 2023, orang awam boleh membuat janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di aplikasi MySejahtera melalui perkhidmatan pesakit luar. Yang menariknya, harga perkhidmatan scaling di klinik kerajaan ini hanya RM2 dan RM 1 untuk pendaftaran!
Bukan itu sahaja, orang awam juga boleh mengaktifkan fungsi ‘automated reminder’ untuk memberikan notifikasi kepada pengguna untuk hadir pada masa dan tarikh yang ditempah.
1.Buka aplikasi MySejahtera dan klik pada ‘Janji Temu’.
2.Pilih perkhidmatan ‘Pemeriksaan Kesihatan Pergigian’ dan pilih fasiliti yang berkenaan.
3.Kemudian, pilih tarikh yang anda mahukan serta slot yang ada pada waktu tersebut. Nanti akan tertera butiran yang lengkap sebelum anda sahkan janji temu.
4.Pastikan janji temu anda sudah disahkan dan anda hanya perlu tunggu tarikh yang dipilih. Jangan lupa tetapkan notifikasi ya!
Bukan itu sahaja, perkhidmatan pergigian klinik kerajaan ini juga boleh didapati di UTC yang berkaitan. Ada juga orang awam yang mengatakan jika berkunjung ke UTC anda tidak perlu menunggu lama.
Sumber: KKMalaysia