Sihat

Rupanya Rempah Paling Mahal Di Dunia Ini Jadi ‘Stok’ Khasiat Untuk Otak Anak!

7
SHARES
khasiat saffron

Mungkin ramai yang jarang dengar mengenai salah satu jenis rempah termahal di dunia iaitu Saffron. Mana tidaknya, apabila digelar sebagai rempah termahal di dunia, pasti ramai dalam kalangan kita yang takut untuk membeli dan menggunakannya dalam masakan seharian. Tapi, ternyata banyak khasiat saffron terutama sekali untuk otak anak.

Berikut merupakan perkongsian dari Mazliana Mazlan mengenai khasiat yang anak-anak boleh dapat jika mengambil saffron. Tak susah, hanya letakkan dalam air sahaja!

Baca juga: Resepi 6 Jenis Pes Masakan Homemade WAJIB Buat & Simpan Dalam Peti Sejuk, Senang Masak!

KHASIAT SAFFRON UNTUK OTAK ANAK, BOLEH BUAT AIR

khasiat saffron

Saffron sangat bagus untuk otak anak. Kena ada kat rumah, sebagai supplement semula jadi untuk otak anak kita mudah belajar dan cepat ingat sesuatu. Boleh bagi anak minum 1 cawan, waktu pagi sebelum anak pergi sekolah. Saffron bagus untuk;

– Memori anak

– Stabilkan mood anak

– Bersifat antiradang

– Tinggi antioksida

Saffron ni, herba paling mahal di dunia. Kita guna sikit je, tapi khasiatnya sangat banyak untuk anak-anak. Antara kandungan vitamin dan mineral dalam saffron;

– Vitamin C

– Iron

– Magnesium

– Vitamin B

– Pottasium

Cara minum air saffron:

khasiat saffron

1. Ambil 3 helai saffron, masukkan dalam 1.5 liter air.

2. Masukkan dalam peti sejuk, atau boleh letak di suhu bilik.

3. Bagi anak minum setiap hari, bila-bila waktu pun boleh, sebelum anak pergi sekolah pun boleh.

Mudah kan. Air ni, akan bertukar jadi warna kuning tau. Air dengan pewarna semulajadi untuk anak. Anda boleh beli okay. Bagi anak minum setiap pagi. Cari saffron yang asli.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×