Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kesihatan kerajaan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pencapaian itu dilakar menerusi tekad pelaksanaan agenda transformasi digital kesihatan. Beliau berkata 2025 adalah tahun untuk bekerja dengan melaksanakan segala perancangan yang dirangka bagi merealisasikan agenda berkenaan.
Baca juga: Hanya RM2 Sahaja, Ini Cara Buat Janji Temu Scaling Gigi Klinik Kerajaan Guna MySejahtera
KKM KATA WAKTU MENUNGGU KLINIK KESIHATAN KERAJAAN KINI HANYA 30 MINIT

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. – Foto BERNAMA
“Kita sudah pun mendigitalisasikan perkhidmatan utama, mengurangkan waktu menunggu di klinik penjagaan primer utama dari tiga jam kepada hanya 30 minit. Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024,”
“Pada awal tahun ini saja, jumlah klinik terbabit meningkat sebanyak 48.6 peratus dan 2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk menunaikan apa yang dijanjikan,” katanya semalam.
Dr Dzulkefly berkata dalam sidang Dewan Rakyat bahawa KKM menyasarkan untuk melaksanakan transformasi digital kesihatan di setiap fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. Pelaksanaan transformasi itu menerusi:
-Strategi ‘satu individu satu rekod’ akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan yang terlibat.
-Strategi ‘reform, relook, recalibrate dan realize‘, merangkumi aktiviti konsolidasi unit digital di KKM.
-Melihat kembali semua sistem digital di KKM selain menetapkan strategi pendigitalan baharu mengikut arus teknologi terkini serta melaksana dan memantau pelaksanaan yang sudah pun dirancang.
“30 MINIT BERATUR, 30 MINIT TUNGGU NOMBOR, 30 MINIT JUMPA DOKTOR KOT”

Foto: Kosmo
Namun, selepas KKM mengumumkan transformasi kesihatan digital antara fasiliti ini, reaksi dari netizen pula agak berbeza. Ramai yang seolah-olah tidak percaya dengan berita yang dibaca dan tertanya-tanya bagaimana logik akal boleh disingkatkan sehingga menjadi 30 minit sahaja. Adakah tenaga kerja iaitu dalam kalangan doktor ditambah?
Satu komen yang menarik perhatian iaitu datang dari petugas kesihatan sendiri bernama Ahmad Shahir, dia mempersoalkan adakah ini perkara yang hanya tercapai pada waktu tertentu sahaja atau di tempat tertentu sahaja? Malah, apakah data ini merupakan purata kepada keseluruhan tempoh menunggu dan daripada mana purata ini diperolehi?
Netizen juga tidak jelas dengan proses yang dinyatakan dan menanggap ini semua hanya omongan kosong sahaja. Mungkin setiap satu urusan dalam klinik itu mengambil masa selama 30 minit setiap satu, bukannya keseluruhan.
*Jika ada dalam kalangan anda yang ada urusan di klinik kesihatan kerajaan dalam masa terdekat ini dan mendapati urusan siap dalam 30 minit seperti yang dinyatakan, boleh komen ya!
Baca juga: Ibu Yang Tergolong Dalam 7 Kategori Ini Kena Buat Ujian Minum Air Gula Semasa Hamil
Sumber: Foto BERNAMA & KOSMO, Berita Harian Online