Nur

Hukum Meminta Semula Hadiah Hantaran Apabila Putus Tunang, Boleh Ke?

2
SHARES

Benarlah bahawa ajal dan jodoh itu ketentuan dari Allah SWT dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Ternyata apabila bercakap soal jodoh, ramai dalam kalangan kita yang berhadapan dengan situasi putus tunang di tengah jalan dan impian untuk membina mahligai rumah tangga itu musnah.

Menjadi persoalan adalah, adakah pihak lelaki boleh meminta semula hadiah hantaran yang diberikan kepada pihak perempuan sekiranya pernikahan itu tidak menjadi? Adakah perlu dipulangkan barang tersebut atau boleh pulangkan dalam bentuk amaun tertentu sahaja?

Baca juga: Suami Isteri Umur 35-39 Tahun Paling Ramai Alami Konflik Rumah Tangga, Kenapa?

DAH PUTUS TUNANG, BOLEH MINTA KEMBALI TAK BARANG HANTARAN/ HADIAH?

putus tunang

Soalan:

Saya telah bertunang dengan seorang wanita. Selepas sebulan majlis pertunangan, pihak perempuan ingin memutuskan pertunangan atas sebab yang saya sendiri tidak tahu. Bolehkah saya mengambil Kembali hadiah hantaran pertunangan yang telah saya berikan?

Menurut penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, hadiah yang diberikan sebagai hantaran untuk pertunangan boleh untuk diambil kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin. Namun disyaratkan pemberian tersebut mestilah dengan tujuan untuk pernikahan. Manakala jika pemberian tersebut bukan dengan niat untuk pernikahan tetapi semata-mata sebagai hadiah maka tidak dibenarkan untuk mengambilnya kembali kerana ia termasuk dalam larangan hadis Nabi SAW:

العائدُ في هِبَتِهِ كالعائدِ في قَيْئِهِ

Maksudnya: “Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Mengenai hukum mengambil semula hantaran yang telah diberikan, secara asasnya hukum meminta semula hadiah atau pemberian yang telah diberikan kepada seseorang adalah haram melainkan pemberian dari seorang bapa kepada anaknya.

Sabda Nabi SAW:

العائدُ في هِبَتِهِ كالعائدِ في قَيْئِهِ

Maksudnya: “Orang yang meminta semula hibahnya sama seperti orang yang memakan semula muntahnya.” -(Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat yang lain Nabi SAW bersabda:

لا يَحِلُّ لرجُلٍ أن يُعطِيَ عَطيَّةً، أو يهَبَ هِبَةً، فيرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي وَلَدَهُ، ومثَلُ الَّذي يُعطِي العَطيَّةَ ثمَّ يرجِعُ فيها كمثَلِ الكَلْبِ يأكُلُ، فإذا شبِع قاء ثمَّ عاد في قَيْئِهِ

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang laki-laki yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya kembali, kecuali orang tua mengambil apa yang ia berikan kepada anaknya. Bandingan orang yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya seperti anjing yang makan, maka setelah kenyang ia muntah kemudian menelan muntahannya kembali.”

Walau bagaimanapun ulama mazhab Syafi’i berpendapat bahawa hadiah yang diberikan semasa pertunangan boleh untuk diminta kembali sekiranya mereka tidak jadi untuk berkahwin kerana tujuan dari pemberian tersebut ialah untuk perkahwinan. Oleh itu, apabila perkahwinan tidak berlaku maka pemberian tersebut berhak untuk diambil kembali.

Namun disyaratkan pemberian tersebut mestilah dengan tujuan untuk pernikahan. Manakala jika pemberian tersebut bukan dengan niat untuk pernikahan tetapi semata-mata sebagai hadiah maka tidak dibenarkan untuk mengambilnya kembali. 

putus tunang

*Jadi, kalau putus tunang, pihak lelaki jangan rasa bersalah kalau ingin meminta semula hadiah hantaran yang diberi dan pihak perempuan jangan buat-buat tak faham ya…

Baca juga: Terpaut Hati Dengan Abang Duda? Jaga-Jaga, Semak 5 Perkara Ini Dahulu Sebelum Kahwin..

Sumber: Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×