Sihat

Makin Garu Makin ‘Sedap’, Rupanya Anda Alami Kudis Buta & Puncanya Disebabkan Ini..

6
SHARES
punca kudis buta

Pernah tak anda berdepan dengan situasi apabila secara tiba-tiba mengalami kegatalan yang melampau pada bahagian badan yang tertentu? Lalu anda pun menggaru anggota badan ini sehingga mengalami luka pun tidak sedar! Inilah yang dinamakan sebagai kudis buta dan masih ramai tak tahu mana datangnya punca kudis buta ini.

Kedengaran macam menyeramkan dan menggelikan namun, ramai yang berdepan dengan masalah kegatalan ini dan menganggapnya hanya gatal biasa. Jangan pandang mudah kerana ada rawatan tertentu yang perlu dilakukan dengan segera!

Baca juga: Gabungan 2 Bahan Paling Senang Ini Boleh Keluarkan Angin Dalam Badan Non-Stop!

PUNCA KUDIS BUTA BERLAKU, PATUTLAH GATAL TAK INGAT DUNIA!

punca kudis buta

Ya Allah, gatalnya tak boleh bincang! Makin digaru makin sedap. Berdarah pun tak sedar. Kudis buta atau skabies ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati. Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!

BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?

Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh jatuh pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.

Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.

Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.

APA RAWATANNYA?

punca kudis buta

1) Menggunakan losyen antiscabies

a) Losyen Permethrin 5%
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion

b) Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)

– Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed

c) Losyen Lindane 1%

– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.

– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion

2) Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.

3) Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.

4) Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

5) Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.

*Bila baca informasi ini terus rasa merenyam gatal kan walaupun tidak gatal sebenarnya..

Baca juga: Baru Umur 20 Tahun Dah Pekak? Ini Tips Supaya Anda Tidak Hilang Pendengaran Di Usia Muda

Sumber: X @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×