Dapur

5 Idea Roti Bakar Buat Anak Sebelum Ke Sekolah, Pasti Si Kecil Teruja Bangun Setiap Pagi!

24
SHARES
roti bakar

Sarapan pagi amat penting untuk anak sebelum memulakan hari mereka di sekolah. Sarapan pagi menolong anak mempunyai tahap penumpuan yang tinggi di sekolah. Justeru itu, ibu berhempas pulas menyediakan sarapan buat anak sebelum ke sekolah sehinggakan satu tahap kekeringan idea apa nak masak buat mereka. Apa kata cuba roti bakar?

Pasti anak sudah jemu makan nasi, bihun setiap pagi, cuba tukar menu sarapan anak anda dengan sesuatu yang lebih ringan tapi mengenyangkan! Roti bakar bukan sahaja boleh dimakan di rumah, malah sesuai dibawa bekal ke sekolah. Jadi, jom cuba 5 koleksi resipi roti bakar buat sarapan pagi anak yang penulis akan kongsikan ini!

Baca juga: 5 Resepi Sarapan Bayi Simple, Berkhasiat & Sedap. Sesuai Untuk Minum Petang Juga

5 IDEA ROTI BAKAR UNTUK SARAPAN PAGI ANAK

1. ROTI BAKAR ISI PISANG

roti bakar

Bahan-bahan:

  • 250 g tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh Fermipan
  • 125 ml air suam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 5 batang pisang (potong 2)

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan yang diperlukan.
  2. Masukkan gula, air suam dan fermipan ke dalam gelas, kacau kemudian tutup rapat. Biarkannya selama 5 minit sehingga yis aktif dengan timbul buih.
  3. Kemudian, uli adunan tepung gandum, telur dan yis dalam mangkuk. Seterusnya, masukkan marjerin separuh dan uli dengan hand mixer hingga ia betul-betul licin dan tidak melekit pada tangan.
  4. Seterusnya, biarkannya dalam mangkuk yang ditutup dengan wrap selama 30 minit. Pastikan ia mengembang hingga 2 kali ganda.
  5. Selepas 30 minit, kempiskan doh dan bahagikan kepada 10 bahagian. Isi setiap satu bahagian dengan pisang yang telah dipotong dua. Kemudian, biarkannya lagi selama 20 minit.
  6. Akhir sekali, bakar roti selama 10 minit dengan api perlahan menggunakan pan yang telah dipanaskan. Selepas 10 minit, bakar bahagian lain dalam tempoh masa yang sama.

2. ROTI BAKAR OVEN

roti bakar

Bahan-bahan:

  • 500 g tepung gandum
  • 250 ml air sejuk
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh SP
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin dan garam.
  2. Kemudian, uli sehingga separuh licin dan masukkan marjerin serta garam.
  3. Uli lagi sampai sebati. (tanda doh licin ialah ketika ditarik, doh tidak mudah pecah)
  4. Selepas doh licin, bulatkannya dan tutup menggunakan kain selama 1 jam. Selepas 1 jam, kempiskan doh.
  5. Seterusnya, bentuk bulat di atas loyang yang telah disapu marjerin.
  6. Tunggu sehingga doh mengembang semula kemudian taburkan keju parut atau bijan mengikut citarasa masing-masing.
  7. Bakar selama 45 minit dan akhirnya roti bakar oven siap!

3. ROTI BAKAR PISANG COKLAT

roti bakar

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti putih (tanpa tepi)
  • Mentega secukupnya
  • 2 biji pisang (dipotong dadu)
  • Choco chips secukupnya

Bahan-bahan campuran:

  • 1 sudu teh tepung gandum
  • Air masak

Cara penyediaan:

  1. Sediakan roti tanpa tepinya, nipiskan roti menggunakan rolling pin dan sediakan juga potongan dadu pisang.
  2. Susun kepingan pisang di tepi roti, kemudian bancuh adunan menggunakan tepung gandum dan air secukupnya dan masukkan choco chips ke dalam roti.
  3. Seterusnya, tekan dan canai roti. Kemudian, sapukan adunan tepung pada hujung roti dan tampal.
  4. Akhir sekali, panaskan mentega, bakar roti sehingga ia berubah warna pada kedua-dua bahagian.

4. ROTI BAKAR CINNAMON

roti bakar

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu cair

Bahan-bahan Pelengkap Cinnamon

  • 1/2 sudu teh serbuk cinnamon
  • Garam
  • Marjerin
  • 1 sudu besar SKM

Cara penyediaan:

  1. Sediakan semua bahan. Potong roti menjadi bentuk segitiga.
  2. Pukul telur, masukkan serbuk cinnamon dan garam kemudian goncang dengan merata.
  3. Seterusnya, tambah susu cair dan SKM. Goncang lagi dan kemudian celupkan roti ke adunan telur tadi.
  4. Cairkan marjerin dalam kuali dan bakar roti sehingga ia berubah warna.
  5. Roti bakar cinnamon akhirnya siap!

5. ROTI BAKAR TELUR DAN SOSEJ

roti bakar

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sosej
  • 1 keping roti putih
  • 1 ulas bawang putih
  • Beberapa bawang merah
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan lada secukupnya
  • 75 ml air
  • 2 sudu makan marjerin

Cara penyediaan:

  1. Hiris nipis bawang putih, bawang besar dan sosej.
  2. Kemudian, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan sosej bersama sos tomato, sos tiram, garam serta lada secukupnya dan 25ml air. Tunggu hingga masak. Setelah masak dan sos meresap masuk, keluarkan sosej dan ketepikannya dahulu.
  4. Selepas itu, pukul telur dengan 50ml air, masukkan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan telur dalam kuali yang panas. Seterunsya, potong roti kepada 2 bahagian dan letakannya di atas telur. Biarkan sedikit ruang antara kepingan roti untuk memudahkan anda melipatnya.
  6. Setelah masak, balikkan telur tadi dan letak sosej dan keju parut di atas kepingan roti.
  7. Seterusnya, lipat ke dalam adunan telur untuk menyesuaikan bentuk roti dan lipat juga kepingan roti.
  8. Akhir sekali, angkat apabila roti bakar anda sudah masak.

Selamat Mencuba!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×