Dapur

Perbezaan Buah Pisang Diperam Bahan Kimia & Semula Jadi, Pilih Nak Makan Yang Mana…

6
SHARES
perbezaan buah pisang

Apabila membeli makanan terutama buang pisang, mesti anda akan membeli rupa yang elok dan licin berbanding yang nampak buruk. Tanpa anda sedar, pisang cantik itu telah disaluti dengan bahan kimia. Disebabkan itu, amat wajar anda mengetahui perbezaan buah pisang yang terdapat dipasaran sama ada diperam dengan bahan kimia atau secara semula jadi.

Mari, lihat perbezaannya di bawah ini!

Baca juga: Elakkan Makan Makanan Berkulat, Awas Kalau Taknak Kena Kesan Ini!

PERBEZAAN BUAH PISANG DIPERAM BAHAN KIMIA & SECARA SEMULA JADI

perbezaan buah pisang

Buah pisang adalah antara buah kegemaran rakyat Malaysia. Semasa pilih buah, kebanyakan antara kita akan pilih buah pisang cantik dan itu perkara yang biasa.

Penggunaan bahan kimia seperti calsium carbide akan memanjangkan tempoh pematangan buah pisang dan mengelakkan daripada buah cepat rosak. Tetapi penggunaan bahan kimia seperti ini pada paras yang tinggi akan memberi kesan buruk pada kesihatan manusia.

Pisang yang masak secara normal kebiasaannya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna coklat atau hitam. Tangkainya juga berwarna hitam atau gelap sedikit.

Pisang yang direndam atau diperam menggunakan carbide pula berwarna kuning cerah dan tangkainya berwarna hijau tanpa sebarang bintik-bintik hitam.

CIRI-CIRI BUAH PISANG YANG DIPERAM:

1. DENGAN BAHAN KIMIA

  • Tangkai berwarna hijau
  • Kulit licin dan lembut
  • Berwarna kuning cerah dan bersinar

2. SECARA SEMULA JADI

  • Tangkai berwarna hitam
  • Kulit berbintik hitam/coklat
  • Berwarna kuning kehitaman

Kredit: SAFE FOOD – BKKM Melaka

Sumber: Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKWPKL&P

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×