Jantung pisang merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Bahagian ini bukan sahaja boleh dimakan sebagai ulam, malah turut dimasak dalam pelbagai jenis menu seperti masak lemak, tumis dan gulai lemak. Namun, kalau tersalah pilih jenis jantung pisang ini, anda terpaksa telan jenis yang pahit.
Jadi, buat anda yang sering membeli ulam-ulaman di pasar, terdapat beberapa kriteria ulam jantung pisang ini yang perlu diperhatikan supaya dapat yang berlemak elok. Barulah tak kerut dahi makan yang pahit!
Baca juga: Cara Simpan Bunga Kantan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Bila Masak Aroma Harum Tetap Sama!
CARA PILIH JANTUNG PISANG SAMA ADA PAHIT ATAU TAK
Hari ini nak cerita pasal jantung pisang. Jantung pisang ni selain dicelur buat ulam, kerabu, urap, digoreng celup tepung, tumis belacan, boleh juga dimasak kari sprt kari daging atau kurma ayam.
Ya, jantung pisang sedap dimakan sebagai ulam dan dipelbagaikan dalam masakan, tetapi tidak semua jenis pisang boleh dimakan jantungnya. Bukan mempunyai toksik tapi rasa yang kelat atau pahit yang lebih. Selalunya pisang yang boleh digoreng untuk dibuat goreng pisang, kerepek atau boleh dimasak kari atau dibuat pengat, boleh dimakan jantungnya seperti pisang awak, pisang raja, pisang awak nipah, tetapi bukan pisang nangka dan pisang abu/kari, sebab pahit! Satu lagi jantung pisang yang sangat sedap adalah jantung pisang hutan.
Nak tahu jantung pisang itu pahit atau tidak:
1. Tusuk jantung pisang dengan tusuk gigi atau tusuk kayu, sedikit saja hanya sampai mengeluarkan sedikit getahnya. Rasa sedikit getahnya, jika getahnya pahit berarti jantung pisang tersebut tidak boleh dimakan/pahit.
2. Lagi satu petua, lihat hujung jantung pisang, kalau tajam, tandanya jantung pisang tu pahit. Yang tidak tajam, tidak pahit.
Nota: Nak bagi jantung pisang yang direbus tak lebam atau hitam, rebus dengan asam gelugor. Untuk dapatkan pisang yang lebih berkualiti dan besar, jantung pisang kena buang selepas sikat yang terakhir. Biarkan jarak antara jantung dan sikat terakhir tu antara 3 dan 4 inci dan jantung boleh dipotong.
*Selamat makan ulam jantung pisang dicicah bersama sambal belacan!
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Kunyit Macam Nenek Masak, Ada ‘Vibe’ Tahun 90-an!
Sumber: Sara Saad