Dapur

5 Resepi Sarapan Bayi Simple, Berkhasiat & Sedap. Sesuai Untuk Minum Petang Juga

184
SHARES
resepi sarapan bayi

Ada masanya kelam-kabut juga bila bangun pagi terus nak sediakan makanan baby kan?

Kalau asyik sediakan makanan yang sama je, risau pulak kalau baby boring dan tak nak makan.

Ada sesetengah bayi memang agak memilih makanan, dan mungkin ada yang suka cuba makanan baru setiap hari.

Apa kata kita tengok 5 resepi sarapan bayi yang sangat simple tapi sangat menyelerakan oleh Puan Siti Nurul Hidayu ini.

Jimat masa, sedap dan insha Allah baby mesti suka!

Resepi Sarapan Bayi Simple, Sedap & Berkhasiat

1. Noodles Roll

Noodles roll ni buat portion besar dapat dua kali makan.

Mama bagi makan masa sarapan dan minum petang. Dia suka!

Ibu-ibu mesti cuba sebab sedap dan mudah untuk disediakan.

resepi sarapan bayi

Bahan-bahan

  • Noodles
  • Brokoli
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Pes Mirepoix
  • Pes cili
  • Telur (2biji)

Cara-cara

  1. Rebus noodles hingga lembut sampai lembut dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bebawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan mirepoix dan pes cili.
  4. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan brokoli dan masak hingga lembut.
  6. Masukkan spageti dan kacau sebati. Noodles yang dah siap masak ini kita akan guna sebagai inti.
  7. Untuk telur dadar, masak macam biasa dalam kuali leper. *Cuma perlu pastikan telur tidak terlalu tebal untuk elakkan telur pecah time roll nanti
  8. Letakkan spageti sebagai intinya dan rollkan ikut saiz yang disukai.
  9. Potong dan siap!

NOTA: Bagi yang tertanya-tanya apakah mirepoix, ia adalah sejenis perasa makanan bayi yang diperbuat daripada 3 bahan utama ini – bawang, celery dan carrot.

Ibu-ibu boleh baca selanjutnya dalam artikel ini: Mirepoix: Penyedap Makanan Bayi Berasaskan Sayur Yang Sedap & Cukup Berkhasiat. Jom Tarik Selera Anak!

2. Pancake Brown Rice

resepi sarapan bayi

Bahan-bahan

  • 1 biji telur
  • Brown Rice
  • Susu Full Cream (saya guna Fernleaf)
  • Vege powder

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dan masukkan brown rice yang telah dimasak. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan susu full cream dan kacau lagi. (Adunan memang agak cair)
  3. Masukkan vege powder dan kacau sebati.
  4. Panaskan pan dan sapukan sedikit minyak.
  5. Masukkan adunan sedikit demi sedikit.
  6. Balikkan kedua bahagian sehingga masak.

 

3. Bread Baked Pie

resepi sarapan bayi

Bahan-bahan

  • Roti (Gardenia)
  • Full Cream (Fernleaf)
  • Tuna (AyamBrand)
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Cheese Slice (Beqa
  • Cheese Grated (Beqa Hijau)
  • Cheese powder
  • Vege powder
  • Sayur bayam

Cara-cara

  1. Carikkan roti kecil kecil dan campurkan susu full cream. Biarkan lembut dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan mirepoix dan tuna.
  4. Kacau sebati dan masukkan sedikit air.
  5. Masukkan bayam dan masukkan full cream dan cheese slice.
  6. Kacau sebati dan masukkan keju powder dan serbuk sayur.
  7. Masak sehingga sedikit kering.
  8. Masukkan roti ke dalam cup aluminium foil dan tekankan untuk padatkan
  9. Masukkan semua bahan yang telah dimasak dan taburkan grated cheese.
  10. Bakar suhu 170 sehingga masak.

 

4. Chicken Shepherd Pie

Bahan-bahan

  • Isi Ayam
  • Brokoli
  • Kentang
  • Slice cheese (Beqa)
  • Grated Cheese (beqa)
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Mirepoix
  • Keju Powder

Cara-cara

  1. Stim kentang hingga lembut dan ketepikan.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, isi ayam dan brokoli hingga hancur.
  3. Panaskan minyak dan masukkan mirepoix beserta bahan kisar tadi.
  4. Masak sehingga bahan kisar mendidih dan kering.
  5. Masukkan slice cheese dan masukkan kentang yang telah dilenyek.
  6. Kacau semua sebati dan masukkan serbuk keju.
  7. Masukkan ke dalam aluminium foil cup.
  8. Taburkan grated cheese.
  9. Bakar suhu 180c sehingga keperangan.

 

5. Spaghetti Egg Roll

Spaghetti egg roll ni caranya sama dengan noodles egg roll.

Ibu-ibu boleh juga pelbagaikan intinya dengan menggunakan bahan-bahan yang anak suka.

Bahan-bahan

  • Spageti
  • Brokoli
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Pes Mirepoix
  • Pes cili
  • Telur (2biji)

Cara-cara

  1. Rebus spageti hingga lembut sampai lembut dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bebawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan mirepoix dan pes cili.
  4. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan brokoli dan masak hingga lembut.
  6. Masukkan spageti dan kacau sebati. Spageti yang dah siap masak ini kita akan guna sebagai inti.
  7. Untuk telur dadar, masak macam biasa dalam kuali leper. *Cuma perlu pastikan telur tidak terlalu tebal untuk elakkan telur pecah time roll nanti
  8. Letakkan spageti sebagai intinya dan rollkan ikut saiz yang disukai.
  9. Potong dan siap!

Mudah & Menarik, kan?

Memang mudah resepi sarapan bayi yang dikongsikan ini.

Semoga ibu-ibu dapat mencuba semua resepi ini dan mengolahnya mengikut selera dan kesesuaian usia bayi.

Resepi sarapan bayi ini boleh juga dimasak waktu minum petang. Nak buat untuk bekal ke taska pun sesuai juga kan?

Sememangnya makanan homemade lebih berkhasiat buat bayi dan ia bukanlah sesukar yang disangka jika ibu-ibu merancang persiapannya lebih awal.

Selamat mencuba!

*Resepi sarapan bayi ini dikongsikan oleh Puan Nurul Hidayu menerusi Facebook Happy Baby Foods Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×