Dapur

Resepi Biskut Untuk Bayi Tumbuh Gigi & Gatal Gusi. Simple Je Mommies Boleh Buat!

10
SHARES
Resepi biskut untuk bayi

Bila bayi nak tumbuh gigi, dia mulalah reject bubur, dan asyik nak menggigit je.

Tapi kadang-kadang tu pening juga kan nak cari biskut untuk bayi tumbuh gigi yang sesuai di pasaran.

Dah tentulah kalau boleh nak cari yang sihat dan berkhasiat. Yang sedap tapi tanpa gula, garam atau pengawet.

Bukan senang sebenarnya nak cari yang macam ni tau sebab kebanyakan yang ada di kedai tu mempunyai kandungan gula dan garam.

Jadi apa kata ibu-ibu cuba buat biskut untuk bayi tumbuh gigi ni sendiri secara homemade di rumah.

Cuma gula 4-5 bahan asas di bawah ni pun dah boleh hasilkan biskut untuk bayi yang cukup sedap.

Daripada satu adunan asas ni, ibu-ibu boleh pelbagaikan jadi 3-4 jenis biskut dengan mudah. Taklah bosan bila anak nak makan nanti.

Dan senanglah nak simpan stok nanti.

Ini resepi biskut untuk bayi tumbuh gigi yang sedap dan sihat hasil perkongsian oleh Puan Khairunisa Ab Rahman ini. Pastinya no salt, no sugar!

Resepi Biskut Untuk Bayi Tumbuh Gigi (Sesuai Untuk 7 Bulan Ke Atas)

Bahan-bahan

  • 3 sudu besar unsalted butter* (yang cair pada suhu bilik)
  • 1 cawan tepung jagung* (saya guna cawan sukat beras)
  • 1 atau 2 sudu apa apa jenis puri* (stim & kisar/lenyek tanpa air)
  • 1 sudu tepung gandum unbleach (tepung sesuai untuk 7 bulan tapi kalau dah cuba awal dan baby tiada masalah boleh teruskan)
  • 5 sudu susu tepung full cream (tak letak pun tak apa)

Nota:

  1. Kombinasi bahan bertanda * sahaja akan hasilkan biskut yang fragile, lembut, pecah bila dipegang seperti semperit @ tart. Pastikan makan di tempat sesuai supaya senang ibu ibu nak kemas dan kurang stress ya.
  2. Boleh tambah cream cheese juga untuk bayi 8 bulan ke atas.
  3. Puri buah yang juicy contohnya pisang boleh hasilkan tekstur biskut yang agak keras. Sesuai untuk baby dalam fasa teething @ gatal gusi.

[ Baca juga : Ibu Ini Kongsi 5 Tips Mudah Bawa Bekal Makanan Bayi Masa Travel. Tetap Bagi Real Food, No Cheat Day! ]

Cara-cara

1. Gaul Butter Dengan Susu

Mula-mula, gaul sebati unsalted butter dengan susu.

2. Letak Puri Sebagai Perasa

Letak puri mengikut perasa yang kita nak untuk biskut tu.

Kemudian gaul lagi.

Pastikan tiada penglibatan air. Air akan menyebabkan biskut keras.

Kalau guna puri yang dibekukan, cairkan dan tapis dulu untuk buang air.

3. Bubuh Tepung Jagung

Letak tepung jagung. Lepas tu gaul sampai jadi doh.

Untuk tekstur gebu dan lembut macam semperit, guna tepung jagung sahaja dah memadai.

4. Tambah Tepung Gandum

Seterusnya tambah tepung gandum kalau nak tekstur keras sikit.

5. Canai & Bentukkan

Dah boleh canai dan bentukkan ikut saiz yang kita nak.

Resepi biskut untuk bayi

6. Bakar

Akhir sekali bakar. Boleh bakar guna kuali, oven boleh, saya guna air fryer je.

Suhu dan masa bergantung kepada oven atau air fryer masing masing. Boleh mula dengan suhu rendah dulu kemudian tengok hasilnya.

Saya guna air fryer morgan manual dengan suhu 100 – 120°C dan 10 minit.

Siap!

Resepi biskut untuk bayi

Ibu boleh pelbagaikan perasa ikut puri buah-buahan yang kita guna.

Ini contoh biskut labu, biskut carrot dan biskut kentang.

Resepi biskut untuk bayi

Resepi biskut untuk bayi

Mudah Simpan, Boleh Tahan Sampai  2-3 Bulan

Resepi biskut untuk bayi yang dikongsikan ini boleh dapat satu bekas kecil biskut.

Ia boleh bertahan selama 2-3 bulan dalam suhu bilik. Pastikan disimpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

[ Baca juga : Checklist & 5 Tips Bawa Bekal Makanan Bayi Masa Balik Kampung Atau Bercuti. Sihat, Jimat, Praktikal! ]

Kalau baby belum tumbuh gigi, jangan risau sebab baby boleh kunyah guna gusi. Nak keras atau lembut boleh adjust ikut kesesuaian bayi.

Biskut yang dicampur tepung, tekstur lebih kukuh. Sesuai dimakan di mana mana saja termasuk dalam car seat kerana kurang hancur berderai dan bersepah.

Selamat mencuba ya ibu-ibu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×