Percutian

Ibu Ini Kongsi 5 Tips Mudah Bawa Bekal Makanan Bayi Masa Travel. Tetap Bagi Real Food, No Cheat Day!

2.9K
SHARES

“Seronoknya nak pergi bercuti. Semua barang dah siap pack. Tapi macam mana nak bawa bekal makanan baby ni ye. Takkan nak beli semua kat sana?”

Mesti ramai yang teruja nak bawa bayi pergi holiday dan jalan-jalan satu famili kan.

Bila nak bawa bayi travel, salah satu perkara yang kita kena rancang awal-awal ialah bekal makanan mereka. Kadang-kadang susah kita nak cari makanan yang sesuai untuk bayi, terutamanya bila kita travel ke tempat baru atau ke luar negara.

Jadi hari ini kami nak kongsikan pengalaman dan tips bawa bekal makanan bayi oleh Puan Catherin.

Jom baca perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.

5 Tips Mudah Bawa Bekal Makanan Bayi Ketika Travel

Ini kali pertama kami bawa Jayden travel jauh lepas mula solid food.

Walaupun trip kali ini agak mengejut, tapi kami berjaya bagi real food tanpa cheat days!

Berikut adalah beberapa tips dan persediaan makanan sepanjang percutian kami ke Hatyai, Thailand selama 3 hari 2 malam.

1. Sediakan Senarai Menu

Menu makanan Jayden dah dirancang awal-awal supaya tak kelam-kabut dekat sana nanti.

Ini contoh menu Jayden untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam dan snek.

2. Sediakan Senarai Peralatan

Selain menu, penting juga untuk sediakan checklist barang yang perlu untuk memasak dan lain-lain.

Boleh bawa rice cooker kecil untuk mudah buat bubur bila di hotel nanti. Jangan lupa bawa sekali universal adaptor bila ke luar negara.

Inilah alatan yang dibawa untuk ‘dapur’ dekat hotel nanti. Penting sekali bawa universal adaptor tu sebab plug dekat Thailand tak sama macam kita di Malaysia. Nanti nak charge handphone pun senang.

3. Bungkus Makanan Ikut Portion

Bila dah rancang nak masak apa, bolehlah pek kan siap-siap bahan mentah mengikut portion setiap meal.

Senang buat macam ni supaya boleh terus masak ikut kuantiti yang dah ditetapkan setiap hari.

Ini contoh pek bahan mentah yang saya sediakan untuk hari pertama hingga hari ketiga.

Menu Hari Pertama

Hari Jumaat lepas check-in terus prepare nak rebus spiral pasta. Masa rebus pasta tu, taburkan sikit mixed herbs. Simpan dalam bekas. Kemudian masa suap saya campurkan dengan full cream milk je. Simple dan sedap.

Tengok packing mixed herb tu, husband kata nasib baik dah label. Takut nak tengok, jangan-jangan tercicir kat kastam habis kena siasat.

Menu Hari Kedua

Sarapan : Oat dengan susu

Makan tengah hari & makan malam: Bubur (Portion untuk dinner tu saya simpan dalam fridge hotel. Lepas balik hotel saya panaskan dan bagi anak makan)

Untuk pek sayuran tu saya isikan dengan bunga kobis, lobak merah, lobak putih, hirisan halia dan bawang putih. Saya bawa sayuran jenis tak berdaun dan kering macam ni sebab boleh tahan lama tanpa peti ais.

Menu Hari Ketiga

Bangun awal siapkan bubur dulu sebab kena check-out.

Sarapan : Oat dengan susu

Makan tengah hari & makan malam : Bubur. (Tapi portion untuk dinner tu saya letak dalam thermos. Saya suap masa evening stop kat RnR sebab takut basi.)

Ada juga pek extra yang saya lebihkan sikit.

4. Finger Food

Selain makanan yang dimasak, saya bawa juga finger food untuk Jayden. Masa dekat luar, saya akan beli buah potong untuk Jayden.

Disebabkan tak sempat nak buat biskut, saya bawa crispy toast.

Resepi Crispy Toast

Cara nak buatnya senang aja, pakai roti Gardenia wholemeal. Potong panjang-panjang, lepas tu susun dalam tray. Bakar selama 20-30 minit guna api atas bawah. Suhu oven saya 170 darjah. Bila keluar nanti dia akan jadi macam biskut rangup. Kalau masih lembut, teruskan bakar selama beberapa minit lagi sebab kadang-kadang oven ni lain-lain settingnya.

Boleh buat guna roti kosong atau sapukan dengan unsalted butter kalau nak lagi sedap. Boleh juga buat macam garlic bread. Ikutlah baby suka macam mana.

Bila dah siap, simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan seminggu lebih. Tapi biasanya dekat rumah kami cepat habis sebab breakfast pun kadang-kadang kami makan ni je.

Walaupun simple tapi sangat membantu bila bawa crispy toast ni sebab masa kita makan boleh bagi dia pegang satu. Dia akan duduk diam sebab dia pun ada something nak makan. Dapatlah standby bagi baby alas perut jugak.

5. Masak Di Hotel

Masa dekat hotel, saya akan masak bubur guna rice cooker macam ni.

Senang masak senang simpan.

Inilah dapur mini masa dekat hotel.

Gambar ketika di Danok City. Seronok Jayden dapat jalan-jalan!

Mudah, Bersih & Dijamin Sihat!

Nampaknya walaupun boleh dikatakan last minute planning, Puan Catherin tetap berjaya memberi makanan yang sihat untuk Jayden kan?

Semoga perkongsian ini memberi info yang berguna serta menjadi inspirasi buat ibu-ibu yang bakal bawa anak travel nanti – tak kiralah ke luar negara atau dalam negara.

Yang penting, no salt, no sugar, no MSG untuk bayi!

*Perkongsian tips bawa bekal makanan bayi ini dikongsikan oleh Puan Catherin menerusi Facebook Group Happy Baby Food Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih info, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×