Percutian

Checklist & 5 Tips Bawa Bekal Makanan Bayi Masa Balik Kampung Atau Bercuti. Sihat, Jimat, Praktikal!

2.8K
SHARES

Cuti sekolah dah nak dekat ni mesti ada yang cadang nak travel dengan baby kan? Bagi yang pertama kali atau jarang travel dengan anak kecil, mungkin ada yang tertanya-tanya nak bagi makan apa masa dekat kampung nanti. Bila travel tempat baru pulak, mesti terfikir apa yang patut bawa untuk sediakan makanan baby. Takkanlah nak bagi makan biskut je seharian kan?

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan beberapa tips dan cara sediakan makanan bayi ketika travel daripada Puan Noorsuriati Ahmad Fauzi, salah seorang moderator dalam group Happy Baby Foods Malaysia. 

5 Tips Bawa Bekal Makanan Bayi Masa Balik Kampung Atau Bercuti. Sihat, Jimat & Praktikal

Sebenarnya untuk bawa bekalan makanan bayi ketika travel atau balik kampung ni tak banyak bezanya macam kita bekalkan makanan untuk anak ke pengasuh atau taska.

Cuma yang bezanya kita akan travel dalam tempoh yang lebih lama.

Ini beberapa tips yang mungkin akan memudahkan penyediaan makanan untuk si comel nanti.

1. Checklist Peralatan

Selagi boleh, kita mesti nak memasak dan sediakan makanan fresh kan? Jadi peralatan yang digunakan bergantung juga kepada apa yang anak kita biasa makan.

Boleh sediakan senarai siap-siap. Contohnya, ini peralatan yang saya biasa bawa.

Alatan:

  •  mini rice cooker / slow cooker / electric lunch box
  • pinggan mangkuk sudu anak. Bawa pinggan seleper yang mungkin senang nak letak dalam luggage(kalau travel dengan kapal terbang)
  • ziplock bag (ada pelbagai saiz)
  • pencuci pinggan mangkuk
  • thermos / food container yang kecil kecil
  • cooler bag dan ice packs untukkekalkan kesegaran buah ketika keluar berjalan
  • tissue dan wet tissue
  • pisau, cutting board (beli yang plastik ade dijual di Yubiso/Daiso)

cara sediakan makanan bayi

Ni contoh mini rice cooker yang saya biasa guna. Atas tu boleh steam sambil bawahnya masak nasi. Guna untuk menumis pun boleh. Benda ni kecil je, jadi memang senang masuk luggage. 

2. Stok Makanan Kering

Makanan kering yang boleh dibawa dari rumah

  • serunding ayam / ikan
  • serbuk bilis/ayam sebagai perasa
  • homemade biscuits
  • bawa pasta, beras, bihun
  • homemade jam

resepi biskut bayi

3. Coleman Box Pengganti ‘Peti Ais’

Kalau travel dalam Malaysia atau dengan kereta kita boleh standby coleman box. Ibarat macam kita bawa peti ais, letak ais dan garam. Insha Allah tahan.

Bahan makanan yang boleh simpan dalam coleman box ni antaranya:

  • sayuran / puri buah-buahan
  • homemade nugget / kuih muih. Nanti tinggal goreng je
  • Minyak masak / unsalted butter dalam paket kecil

4. Rancang Menu

Kalau nak cepat, rancang siap-siap menu yang nak dimasak dan asingkan dalam ziplock bag awal-awal.

Contohnya kalau 5 hari nak travel, seeloknya dah plan dah Day 1 nak makan apa untuk breakfast, lunch, snacks.

Makanan anak sentiasa kena fikir awal supaya anak tak meragam.

Foto Kredit: foxnews.com/

5. Perjalanan Dalam Kenderaan

Bagi yang akan travel agak lama di dalam kereta atau kapal terbang, boleh buat bekal macam biasa dan masukkan dalam thermos. Sama macam bawa bekal untuk hantar anak ke babysitter.

Boleh bawa serbuk beras dan sediakan air panas. Bila berhenti makan, kita bancuh terus jadi bubur. Kalau perlu, bawa penapis teh untuk tapis.

Selain tu, boleh juga sediakan finger food atau nasi goreng, nasi putih biasa, telur dadar, ayam cincang, sayur cincang.

Semak Polisi Luar Negara

Kalau travel luar Malaysia, bahan basah bolehlah dibeli ketika dah sampai di destinasi. Roti, telur pun belilah di sana.

Ada sesetengah negara macam Australia tak boleh bawa makanan kering ataupun basah. Jadi, kalau nak lebih selamat semak dulu polisi penerbangan dan kastam negara yang nak dilawati ya!

Pastikan juga anda mendapatkan sumber air yang bersih untuk anak minum dan masak. Kalau was-was dengan kualiti air di sana, beli air di convenience store.

Semoga dengan tips ini, ibu dapat menyediakan makanan yang sihat dan lazat untuk anak-anak walaupun ketika travel!

*Tips dan cara sediakan makanan bayi ketika travel ini dikongsikan oleh Puan Noorsuriati Ahmad Fauzi menerusi Facebook Group Happy Baby Foods Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×