Dapur

Mirepoix: Penyedap Makanan Bayi Berasaskan Sayur Yang Sedap & Cukup Berkhasiat. Jom Tarik Selera Anak!

115
SHARES
mirepoix untuk bayi

Ibu-ibu yang rajin buat makanan homemade untuk baby mesti ramai yang pernah buat serbuk ayam, serbuk bilis, chicken feet stock (CBB) atau chicken bone broth (CBB) sebagai perasa makanan mereka kan?

Selain semua bahan perasa tu, ibu-ibu juga boleh buat mirepoix untuk bayi sebagai salah satu bahan perasa untuk menaikkan lagi selera anak dan menyedapkan lagi rasa makanan.

[ Baca juga : Cara Buat Stok Ayam & Bilis Untuk Bubur Bayi. Tanpa Garam & MSG! ]

Jom ketahui lebih lanjut tentang mirepoix dan resepinya melalui artikel ini.

Apa Itu Mirepoix?

Mirepoix (cara sebutan: meer-PWAH) adalah perasa aromatik yang disediakan dengan memasak bawang, saderi (celery), dan lobak.

Ia adalah salah satu sos asas dalam masakan dan sering digunakan dalam masakan seperti sup, stew dan juga untuk perapan.

Sayur-sayuran dimasak perlahan-lahan dengan mentega atau minyak untuk membangkitkan rasa tanpa terlalu garing.

Perkataan mirepoix itu dikatakan berasal dari nama seorang bangsawan Perancis, Duke Charles-Pierre-Gaston
François de Lévis, duc de Lévis-Mirepoix, dimana tukang masak beliau dikreditkan dengan mewujudkan campuran ramuan ini sebagai bahan utama masakan Perancis pada abad ke-18.

Mirepoix Untuk Bayi & Khasiatnya

Mirepoix boleh dijadikan penyedap makanan bayi ; contohnya ditumis bersama ayam dan ikan bagi menaikkan lagi aroma makanan tersebut.

Khasiat mirepoix terletak pada bahan utamanya iaitu bawang, lobak dan saderi.

  • Bawang bukan sahaja menambahkan rasa sedap dalam makanan, tetapi ia juga baik untuk kesihatan jantung, meningkatkan sistem imuniti serta tinggi vitamin C.
  • Bawang juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap zat besi dari makanan.
  • Lobak pula adalah sumber serat, kalium, vitamin A, C dan B yang hebat, bahkan kaya dengan beta-karoten.
  • Nutrien ini menjadikan ia bermanfaat untuk meningkatkan sistem ketahanan tubuh bayi, menyokong fungsi hati, meningkatkan kesihatan mata, serta membantu melawan jangkitan.
  • Sayuran akar seperti lobak merah juga membantu menghalang pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan membantu sel sedia ada dalam luka penyembuhan.
  • Manakala sayuran saderi mengandungi quercetin – flavonoid dengan sifat anti-radang yang membantu melindungi jantung.
  • Saderi adalah sumber vitamin A, C, K, antioksidan, kalium, dan zat besi yang membantu mengatur tekanan darah di samping meningkatkan proses perkembangan bayi secara umumnya.

Resepi Mirepoix Untuk Bayi

Kalau anak anak macam dah tiada selera makan tu cubalah buat mirepoix ini. Siapa tau boleh tarik selera anak makan kan?

Mudah sangat, hanya 3 bahan sahaja yang digunakan dalam mirepoix untuk bayi iaitu: bawang holland, lobak merah dan saderi.

Formula nisbah bagi ketiga-tiga bahan ini adalah 2:1:1 cawan / mangkuk.

Jom kita tengok resepi mirepoix untuk bayi dan cara penyediaannya step-by step oleh Puan Farisha Sofea di bawah ini.

Bahan-bahan

  • 2 cawan Bawang Holland
  • 1 cawan saderi (celery)
  • 1 cawan lobak merah (carrot)
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

  1. Potong kasar semua bahan di atas. (Seeloknya potong bahan dalam saiz yang lebih kurang sama supaya waktu masak dia sama.)
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan hingga kekuningan menggunakan api kecil.
  3. Tunggu hingga bahan naik bau dan agak layu. Tak perlu terlalu lama.
  4. Sejukkan seketika.
  5. Kisarkan semua bahan tersebut.
  6. Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil dan simpan di bahagian sejuk beku.
  7. Bila nak tumis makanan bayi, boleh campurkan mirepoix dalam masakan sebagai penyedap rasa. (Contohnya boleh campur dalam bubur baby, lauk ayam, pasta dan sebagainya.)

NOTA: Mirepoix boleh tahan sebulan hingga 3 bulan jika disimpan dalam freezer (bergantung pada cara penyimpanan.)

mirepoix untuk bayi 1

Memang mudah dan cukup berkhasiat kan? Aroma dia tu sebenarnya boleh buat baby lebih berselera.

[ Baca juga : 5 Tips Masak Macam Lipas Kudung Bagi Ibu Yang Ada Anak Kecil. Lagi Sihat & Jimat Banyak ]

Selamat mencuba.

 

*Kredit resepi mirepoix untuk bayi oleh Puan Farisha Sofea menerusi Facebook. Rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×