Umum mengetahui, antara kebaikan teh hijau adalah boleh membantu menurunkan berat badan. Jika anda sedang mengamalkan gaya hidup sihat, pasti teh hijau menjadi pilihan sebagai minuman seharian.
Selain membantu proses penurunan berat badan, kebaikan teh hijau juga boleh menurunkan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ia perlulah dibancuh dengan betul supaya kebaikan itu dapat dihasilkan. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian Dr Suri Roowi di bawah.
Baca juga: 13 Idea Jus Campuran Buah-Buahan, Badan Tak Sakit & Angin Semua Keluar!
KEBAIKAN TEH HIJAU BOLEH TURUNKAN DARAH TINGGI, INI CARANYA
Teh hijau kaya dengan khasiat yang mampu mencegah penyakit dan bertindak sebagai anti oksidan. Epigallocatechin-3-gallate (EGCG) adalah bahan anti oksidan yang paling banyak dan paling kuat dalam teh hijau.
Kajian mendapati minum teh hijau setiap hari dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Antara pelbagai jenis teh hijau, teh hijau matcha adalah yang terbaik.
Teh hijau matcha adalah teh dikisar dan dijadikan dalam bentuk serbuk. Selain sebagai sumber anti oksidan yang baik, teh hijau matcha kaya dengan vitamin dan vitamin seperti zink, kromium dan selenium. Untuk meningkatkan bahan khasiat dalam minuman, perahkan sedikit jus lemon dalam minuman teh hijau matcha anda.
Hasil kajian juga mendapati jus lemon mengandungi vitamin C yang mampu meningkatkan paras anti oksidan dalam minuman teh hijau sehingga 5 kali ganda dan menyebabkan 80 % bahan ini diserap ke dalam darah.
Baca juga: Bukan Sekadar Sedap, Air Tebu Rupanya Boleh Cegah Sel Kanser
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi