Sihat

10 Idea Menu Untuk Diet Rendah Karbo, Kenyang Sampai Malam!

28
SHARES

Bila berbicara tentang diet, masing-masing mempunyai pilihan diet tersendiri dan mengamalkan diet mengikut kemampuan diri. Antara diet yang popular menjadi pilihan orang ramai adalah diet rendah karbohidrat. Diet rendah karbohidrat dapat menurunkan berat lebih cepat berbanding mengurangkan lemak dalam pemakanan selain dapat mengawal paras gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya anda buntu untuk menu diet jenis ini, berikut merupakan 10 idea menu diet rendah karbohidrat untuk anda cuba. Paling penting sekali, memang kenyang sampai malam! Selamat mencuba.

Baca juga: Idea Sarapan Sihat Yang Tak Boring Untuk Diet, Sedar-Sedar Dah Kurus!

10 IDEA MENU UNTUK DIET RENDAH KARBO, KENYANG SAMPAI MALAM!

1. NASI GORENG SOTONG

Bahan-bahan:

  • 400gm cauliflower yang disagat menjadi caulirice
  • 50ml minyak kelapa
  • 200gm sotong
  • 1 labu bawang besar – dihiris nipis
  • Garam pink himalaya secukup rasa
  • Sayuran lain seperti sawi dan lain-lain
  • Telur (optional)
  • Sedikit kicap

Bahan-bahan kisar

  • 2 biji cili merah
  • 6-7 biji cili kering – boleh lebihkan jika suka
  • 1-2 cm kiub belacan (optional)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

1. Masukkan sotong ke dalam kuali (tanpa menggunakan minyak), biarkan seketika supaya air sotong yang berlebihan keluar.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bahan-bahan kisar hingga agak garing dan wangi. Masukkan garam.

3. Biarkan seketika, kemudian masukkan sotong dan sayuran lain. Masukkan caulirice, goreng sehingga masak. Masukkan telur (optional).

7. Gaul rata, rasa masinnya. Sedia untuk dihidangkan.

2. BONE BROTH

Bahan-bahan:

  • 1.5 kg tulang (marrow bones, etc.)
  • Daun parsley
  • 2-3 batang celery
  • 1 labu bawang putih, hiris halus/chopped
  • 2 tbsp apple cider vinegar or fresh lemon juice
  • 2-3 bay leaves (optional)
  • 1 tbsp sea salt or pink Himalayan salt
  • Sedikit lada hitam
  • 8-10 cawan air, cukup untuk cover tulang sahaja.

Cara penyediaan:

1. Bake/bakar tulang dalam oven. Bakar sehingga kering selama 1 jam suhu 220c.

2. Masukkan semua bahan dalam periuk, bergantung kepada jenis periuk masing-masing. Guna pressure cooker pun boleh. Saya selalu guna slow cooker & masak guna low setting & dibiarkan sup direneh semalaman.

3. Kalau guna periuk biasa mungkin kena masak lama, 6-10 jam so mmg lebih sesuai guna pressure cooker / slow cooker.

4. Bila dah masak, boleh asingkan antara tulang/isi dengan sup yg terhasil. Simpan di dalam peti sejuk, so boleh gunakan bila-bila masa.

5. Biasanya bila disejukkan, sup akan kental disebabkan bone broth yang sejuk akan berbentuk jeli. Boleh panaskan semula bila nak makan.

6. Masukkan daun sup untuk lebih sedap. Letak sayuran kalau suka.

3. BASQUE BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan:

  • 500 g cream cheese
  • 1 cawan whipping cream Emborg
  • ½ cawan gula lakanto/sweetener
  • 3 biji telur
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • ¼ sudu kecil garam pink himalaya
  • 1 sudu besar almond flour
  • 1 sudu besar lemon juice (optional)

Cara penyediaan:

1. Panaskan oven ke 200°C. Dalam mangkuk mixer, putarkan creamcheese dan gula lakanto/sweetener sehingga sebati.

2. Tambah telur satu demi satu, putar sehingga sebati, masukkan whipping cream dan sebatikan.

3. Masukkan esen vanilla, garam dan almond flour. Pukul sampai sebati.

4. Tuangkan adunan ke dalam baking spring-form pan/baking pan saiz 7 inci yang beralas dengan parchment paper di kesemua bahagian. Pastikan paras kertas itu tinggi sekurang-kurangnya tiga inci di atas bahagian atas baking pan.

5. Lagi kecik saiz pan lagi tebal cheesecake lagi creamy. 7 inch pan is just nice la. (Spring-form pan tu balut aluminum foil kalau takut bocor, kemudian alas dengan baking pan lain masa nak bakar). Griskan dulu pan sebelum letak parchment paper. Kemaskan tepi paper tu. Nak letak dalam cupcake liners pun boleh je.

6. Bakar selama 1 jam, atau sehingga bahagian atasnya keemasan/perang, bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Kek dah masak even bahagian tengah masih bergoyang. Bakar guna air fryer pun boleh ye.

7. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan. Untuk mudah potong, sejukkan dulu dlm fridge 3 jam.

4. ROTI RENDAH KARBO

Bahan-bahan: 

  • 3 sudu besar tepung almond
  • 1 sudu besar butter cair / minyak
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan dalam bekas yang boleh microwave (tupperware, mug etc). Saya gunakan bekas ikea microwavable yang bersaiz kecil.

2. Masak dalam microwave 1 minit, medium heat. Kalau high heat, roti akan mengelembung sedikit.

3. Kalau tak ada microwave, masak dalam pan atas dapur pun boleh. Selamat mencuba!

5. ICE BLENDED COFFEE

Bahan-bahan: 

  • Nisbah 1:2 (santan:air)
  • Santan kotak 50ml
  • Air 100ml
  • Ais 100ml
  • Chocolate bar 2 keping
  • 2 sudu kecil serbuk koko/cacao
  • 3 sudu kecil serbuk coffee

Cara penyediaan:

1. Kisarkan dalam blender semua bahan di atas sehingga sebati. Ice blended akan jadi gebu dan fluffy.

2. Kalau nak spray whipped cream atas pun boleh je. Selamat mencuba!

6. CHAR KUEY TEOW

Bahan-bahan:

  • Sedikit coconut oil untuk menumis
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 pack kuey teow konjac
  • 3 sudu besar pes cili (saya blend sendiri)
  • 250 g udang saiz kecil/sederhana
  • 1-2 tauhu dipotong kecil
  • 1/2 cawan taugeh
  • 1-2 biji telur
  • Sedikit garam himalaya
  • Sedikit air
  • Sedikit daun sup, cili potong dan bawang goreng

Cara penyediaan:

1. Toskan kuey teow konjac dan rendam dalam air panas 30 minit.

2. Kisarkan bawang putih atau boleh juga diketuk. Didadu / dihiris halus pun okay tapi kurang kick sikitlah. Siangkan udang, buang kepala. Gorengkan tauhu sebentar. Potong kepada 8 kepingan.

3. Panaskan minyak kelapa, masukkan bawang putih tadi dan tumis hingga naik bau.

4. Masukkan pes cili, garingkan seketika. Masukkan sedikit garam. Goreng sebati. Masukkan air. Ikut banyak mana, kalau nak lebih kuah, masukkan lebih sedikit.

5. Masukkan telur. Kacau sekejap. Masukkan kueyteow konjac. Masakkan kesemuanya, gaul rata, tengok kepekatan kuah. Boleh rasa ikut citarasa. Masukkan potongan tauhu. Masukkan taugeh. Gaul sebati. Selamat mencuba!

7. JUS DETOX

Bahan-bahan: 

  • 3 biji lemon
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang putih
  • Air 1 liter

Cara penyediaan:

1. Potong semua bahan. 2 biji lemon dikupas kulitnya. 1 biji lemon lagi dibiarkan bersama kulit.

2. Blend semua bahan termasuk 500ml air. Blend sehingga halus.

3. Jangan tapiskan, masukkan dalam periuk, tambah lagi 500ml air dan kemudian didihkan sekejap di atas dapur, jangan terlalu lama, tidak perlu sehingga menggelegak.

4. Masukkan suku dalam gelas dan tambah air kosong. Minum setiap pagi. Moga bermanfaat.

8. SOS CILI

Bahan-bahan:

  • 6 batang cili merah
  • 3 batang cili padi
  • 1-2 biji buah tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4-5 sudu besar acv/cuka epal atau jus limau
  • 3 sudu besar lakanto/stevia
  • 2 sudu kecil garam pink himalaya
  • Sedikit air
  • sedikit xanthan gum (optional)

Cara penyediaan:

1. Blend cili merah, tomato, bawang putih, halia dengan sedikit air.

2. Masak bahan-bahan yang dikisar atas api yang kecil.

3. Masukkan bahan-bahan perasa (cuka, gula, garam, xantham gum).

4. Masakkan sehingga agak pekat. Padamkan api.

5. Biarkan sos sejuk seketika sebelum dibotolkan atau disimpan.

6. Untuk tahan lama, sentiasa simpan dalam peti sejuk selepas guna.

9. VADEY SOYA

Bahan-bahan: 

  • 50g kacang dal direndam 4-5 jam
  • 2-3 cawan hampas soya
  • 6-7 tangkai cili padi merah
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sb jintan manis.
  • Garam himalaya secukup rasa
  • 1-2 sudu besar almond flour

Cara penyediaan:

1. Toskan kacang dal, blendkan guna blender kering bersama jintan. Senang gunakan food processor.

2. Blend halus, ketepikan sedikit yang kasar.

3. Siap blend, gaul rata bersama bawang, cili padi, daun kari, garam & hampas soya.

4. Bentukkan bulat dan leperkan. Kepalkan. Simpan dlm fridge sebentar.

5. Boleh deep fry dengan api medium. Tapi disebabkan saiz vadey ni kecik² je, so kita goreng guna non stick pan, minyak tak terlalu banyak & hanya terbalikkan kuih sekali sahaja bila bahagian bawah dah agak garing.

6. Boleh tabur daun kari masa goreng. Sedap!

10. AISKRIM COKLAT AVOKADO

Bahan-bahan: 

  • 2 biji avokado
  • ½ cawan serbuk koko
  • ¾ cawan almond milk/whipping cream
  • ¾ cawan santan
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit lakanto/stevia kalau nak manis

Cara penyediaan:

1. Blend semua dalam blender sehingga halus dan gebu.

2. Masukkan dalam bekas yang sesuai. Bekukan dalam freezer. Keluarkan daripada freezer 15-20 minit awal sebelum nak makan. Selamat mencuba!

Untuk menu penuh boleh tekan link di bawah.

Sumber: Facebook Noorul Izzah Marzuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×