Sihat

9 Jenis Sayur Kurang Sesuai Untuk Anak Ada Ekzema, Patutlah Makin Gatal!

33
SHARES

Penyakit kulit ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit. Seksanya ada penyakit ini, badan berpeluh pun tidak boleh sangat sampai mengganggu aktiviti harian terutamanya anak-anak termasuk jugak rutin pemakanan. Oleh itu, amat penting untuk anda menjaga dan memantau jenis makanan yang diambil supaya dapat mengurangkan lantas menyembuhkan masalah kulit ekzema anak-anak.

Walaupun sayur bagus untuk diet seharian anak-anak tetapi ketahuilah ada 9 jenis sayur yang kurang sesuai untuk anak-anak yang mengalami masalah ekzema. Sayur apa itu?

Baca juga: Kenapa Kerap Rasa Berdebar-Debar? Rupanya Anda Alami Stres Kronik!

9 jenis sayur yang kurang sesuai untuk anak ekzema

Elak kejap 9 jenis sayur ni, untuk proses penyembuhan yang lebih baik, insyaAllah. Struggle sangat kan ibu yang jaga anak eczema. Taktahu nak bagi anak makan apa dah. Masak sendiri, semua kat rumah guna real food pun masih gatal lagi. Salicylate, amine dan glutamate.

Makanan yang ada kandungan ini, boleh bawa kesan gatal bila dimakan, jika keadaan tubuh anak sensitif dengan 3 bahan semulajadi ini. Ada beberapa jenis sayur, yang ada kandungan 3 bahan ni. Yang mana, kemungkinan akan terukkan gatal eczema anak.

1. Capsicum

Capsicum ni tinggi vitamin C, tapi kurang sesuai dengan anak eczema. Capsicum tinggi dengan kandungan salicylates.

2. Tomato

Tomato real food, yang belum sesuai kalau eczema tengah flare. Tomato ada ketiga-tiga salicylate, amine dan glutamate.

3. Jagung

Jagung rebus breakfast mudah, tapi belum lagi untuk anak eczema. Tinggi dengan salicylate dan glutamate.

4. Brokoli

Brokoli manis dan sedap, tapi hati-hati dengan anak eczema, ada salicylate dan glutamate.

5. Terung

Terung tinggi dengan salicylate dan amine.

6. Kangkung

Kangkung goreng sedappnyaa. Ada salicylate dan amine.

7. Bayam

Bayam ada salicylate. Boleh buatkan gatal kalau anak ada alah dengan salicylate dan amine.

8. Cendawan

Cendawan tinggi dengan glutamate dan amine.

9. Kobis bunga

Kobis bunga ada salicylate.

Yang tak ada masalah kesihatan, dan tak ada alergi dengan sayuran macam ni, teruskan je makan macam biasa. Tak sesuai untuk anak eczema atau pesakit lain, bukan bermakna tak sesuai untuk semua tau. Banyak sangat khasiat yang ada dalam real food macam ni. Cuma, tak semua serasi untuk ambil.

Jadi sayur apa anak eczema boleh makan. Banyak sangat sayur lain yang ada. Pergi pasaraya, tolak tepi dulu 9 sayur ni. Yang lain korang boleh cuba tengok keserasian dengan anak. Antaranya, sawi, bendi, carrot, taugeh. Cari je, ratusan sayur korang akan jumpa. Kita cuba ya, paling utama makanan tinggi proses kena elakkan dulu.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×