Sihat

Euww…Pusat Berbau Busuk? Ini Punca & Cara Bersihkan Dengan Betul, Barulah Tak Bau Masam!

37
SHARES
Punca Pusat Berbau Busuk

Biasanya, jika tubuh badan berbau pasti akan dikaitkan dengan kawasan ketiak. Ini kerana ketiak sering mengeluarkan bau busuk sehingga mengganggu orang sekeliling. Ramai yang tak perasan bahawa pusat juga boleh mengeluarkan bau busuk sekiranya tidak dicuci dengan betul.

Selain tidak menjaga kebersihan pusat, terdapat juga beberapa punca pusat berbau busuk yang ramai tak tahu dan dipandang ringan sahaja. Jadi, artikel kali ini akan menerangkan punca dan cara membersikan pusat. Tiada lagi bau busuk!

Baca juga: Penyakit Yang Mudah Menyerang Kalau Anda Obesiti, Jaga-Jaga

PUNCA PUSAT BERBAU BUSUK & CARA NAK BERSIHKAN, KENA AMBIL TAHU

PUNCA PUSAT BERBAU BUSUK

Berikut adalah punca pusat berbau busuk:

1. TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN

Bau pusat biasanya disebabkan oleh masalah kebersihan. Apabila badan berpeluh, bakteria pada kulit memecahkan protein kepada asid, yang membawa kepada bau badan.

Peluh, kotoran, dan sel-sel kulit mati yang berkumpul di pusat, perlu dicuci dengan bersih. Setiap kali mandi pastikan cuci pusat anda.

2.  CYST/SISTA

Sista adalah sejenis ketulan berisi cecair atau nanah. Bayi yang baru lahir dan kanak-kanak boleh mengalami sista urachal. Urachus ialah tiub yang menghubungkan pundi kencing dengan tali pusat.

Jenis sista lain adalah sebum (daripada kelenjar sebum), epidermoid (daripada sel kulit permukaan), dan pilar (daripada folikel rambut). Jangan sesekali pecahkan sista kerana ia boleh menyebabkan pusat berbau busuk dan jangkitan kuman yang menyebabkan bahaya untuk kesihatan diri.

PUNCA PUSAT BERBAU BUSUK

3. JANGKITAN YIS

Candida adalah sejenis yis yang tumbuh di kawasan lembap, gelap dan hangat seperti pusat. Candida juga biasanya hidup di dalam mulut, tekak, usus, dan faraj.

Apabila Candida tumbuh terlalu banyak, jangkitan boleh berlaku dan menyebabkan pusat berbau busuk. Individu yang menghidap diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kandidiasis.

4. TINDIK DI BAHAGIAN PUSAT 

Tindikan di bahagian pusat boleh dijangkiti pelbagai jenis bakteria seperti staphylococcus atau streptococcus. Selain bau, simptom tindikan pusat dijangkiti termasuklah kemerahan, sakit dan lelehan nanah.

PUNCA PUSAT BERBAU BUSUK

CARA MENCUCI PUSAT BUSUK

Cara paling mudah untuk mengelakkan bakteria dan kotoran di bahagian pusat:

– Letakkan sedikit sabun antibakteria pada kain.

– Menggunakan jari telunjuk yang diletakkan bawah kain, lap bahagian pusat perlahan-lahan.

– Biarkan sehingga kering dan jangan guna terlalu banyak krim atau losyen di sekeliling pusat kerana boleh menggalakkan kulat dan bakteria tumbuh.

Jangan biarkan pusat berbau busuk. Jika bau berterusan dan tidak hilang, pastikan anda berjumpa dengan pakar kesihatan untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Jangan biarkan!

Sumber: FLO Health, Healthline & Very Well Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×