Nur

Doa Hari Arafah, Hari Mustajab Diampunkan Dosa & Doa Dimakbulkan

331
SHARES

Hari wukuf di Arafah merupakan hari paling dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Baik yang menunaikan haji atau di rumah ini merupakan hari paling istimewa kerana waktu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT dan paling dekat untuk dimakbulkan.

Seperti perkongsian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, berikut merupakan doa boleh dibaca pada waktu wukuf di Arafah pada jam 5.26 petang waktu Malaysia. Berdoalah sebanyak mana, rebutlah peluang ini.

Baca juga: Mufti WP Jelaskan Hukum Simpan Daging Korban Lebih Dari 3 Hari…

DOA HARI ARAFAH, HARI MUSTAJAB DIAMPUNKAN DOSA & DOA DIMAKBULKAN

WAKTU WUKUF DI ARAFAH

– 12.26pm waktu Zohor di Arafah (Mekah) (8JULAI 2022)

– Bersamaan 5.26pm waktu Malaysia

Hari Arafah Diampunkan Dosa

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

Sumber: Ustaz Instagram Don Daniyal Don Biyajid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×