Kalau diperhatikan dalam industri hiburan dalam Malaysia, ramai juga dalam kalangan selebriti lelaki yang mempunyai wajah kacak, berbakat dan mempunyai susuk tubuh yang berkarisma. Tidak ketinggalan bagi yang sudah berkahwin, mereka masih mengekalkan figura seperti lelaki bujang walaupun sudah mempunyai ramai anak lantas digelar hot daddy Malaysia.
Oleh itu, kami senaraikan beberapa individu popular dalam lakonan, politik dan pempengaruh media sosial yang menjadi kegilaan wanita dan inspirasi ramai dalam Top 8 Hot Daddy. Siapakah berada di tangga pertama?
Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar
8 HOT DADDY MALAYSIA YANG JADI KEGILAAN WANITA, NAMPAK MACAM BUJANG!
8.HAIRUL AZREEN
Hairul Azreen lahir pada tahun 1988 ini merupakan seorang pelakon lagak ngeri, model, pengarah dan juga merupakan seorang usahawan. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelagak ngeri sebelum bergiat aktif sebagai pelakon menjadikan dirinya sangat mahir dalam aksi-aksi yang menggerunkan!
Beliau mempelajari seni mempertahankan diri Taekwondo, sekaligus menerima tali pinggang hitam serta pernah menjadi atlet Sukan Malaysia 2004 untuk kontinjen Selangor. Beliau berkahwin dengan pelakon, pengacara dan penulis blog Hanis Zalikha pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar dan anak perempuan, Alisa Aisyah.
7.HAFIZ MAHAMAD
Siapa yang tidak kenal dengan figura ‘influencer’ ini bukan? Hafiz Mahamad merupakan pengasas produk kecantikan AINAA Beauty yang diinspirasikan daripada nama isterinya yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina.
Hafiz sering menjadi perbualan ramai di laman media sosial kerana apa sahaja konten yang dimuatnaik akan menjadi ‘viral’. Disebabkan sering menunjukkan sisi romantis sebagai seorang suami kepada isterinya, ramai juga dalam kalangan wanita yang menanggap bahawa ayah kepada seorang cahaya mata ini sebagai ‘hot’.
6.AIMAN HAKIM REDZA
Terkenal sebagai salah seorang ‘hero’ yang mempunyai wajah kacak dan figura tinggi lampai, Aiman Hakim Redza berada di tangga yang keenam. Aiman juga merupakan suami kepada pelakon cantik popular, Zahirah McWilson dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan mereka.
Menjadi kegilaan wanita semasa bujang, Aiman menjadi lebih privasi tentang kehidupan sehariannya selepas bergelar suami. Namun, ini juga merupakan salah satu faktor menjadikan dirinya sebagai ‘hot daddy’ kerana lebih misteri.
5.SHIHAN AZMI
Inilah individu yang bukan dalam kalangan selebriti namun masih menjadi ‘pujaan’ wanita di luar sana walaupun sudah berkahwin. Shihan Azmi menjadi perbualan ramai apabila dia bertindak sebagai penjaga gol pasukan bola kebangsaan Malaysia.
Mempunyai wajah yang kacak, putih dan kelihatan seperti masih bujang membuatkan Shihan digilai gadis tidak kira usia. Namun, semuanya patah hati apabila terbongkar bahawa rupanya Shihan sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata comel.
4.KHAIRY JAMALUDDIN
Seorang figura ahli politik yang menjadi fenomena kerana dilantik menjadi menteri dalam kabinet Malaysia sebelum ini. Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ dilahirkan pada tahun 1976 merupakan salah seorang menteri yang muda dan kacak semasa pemerintahan kerajaan tahun 2021-2022.
Sering digelar ‘tall, dark and handsome’, beliau menjadi kegilaan ramai wanita kerana dilihat sebagai seorang individu yang berkeyakinan tinggi dan berilmu. Sudah bergelar seorang suami dan ayah kepada 3 cahaya mata, KJ yang kini tidak bertugas sebagai ahli politik lagi merupakan seorang DJ radio di Hot FM.
3.NORMAN HAKIM
Sekali pandang pun dah ternganga apabila melihat susuk badannya yang tegap macam pelakon antarabangsa! Dari dahulu hingga kini bijak dalam menjaga badan dan ‘maintain’ kacak, Norman merupakan bekas peserta Hero Remaja 1993/1994 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas.
Norman Hakim merupakan ayah kepada 3 orang cahaya mata bersama bekas isteri Abby Abadi dan 3 orang lagi bersama isertinya sekarang, Memey Suhaiza. Wah ramai anak tapi tetap ‘hot’!
2.DR.SAY
Doktor selebriti dan pempengaruh media sosial yang tidak perlu diperkenalkan lagi ialah Dr.Say berada di tangga kedua dalam senarai ‘hot daddy’. Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin merupakan seorang doktor perubatan, seorang suami dan juga ayah kepada 3 orang cahaya mata.
Sememangnya mempunyai wajah yang kacak seperti model, petah dalam berkata-kata dan mempunyai susuk tubuh tegap, Dr Say menjadi kegilaan ramai wanita kerana ada yang tidak tahu bahawa dia sudah menjadi suami orang!
1.FATTAH AMIN
Berada di tangga pertama, siapa lagi kalau bukan pelakon yang sedang menjadi buah mulut ramai sekarang iaitu Fattah Amin! Fattah Amin yang kini berusia 34 tahun merupakan juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal dengan wataknya Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr. Pilot.
Berita perceraiannya bersama pelakon terkenal Fazura baru-baru ini tidak melemahkan semangatnya untuk bangkit semula dalam kerjaya malah mendapat lebih perhatian kerana dirinya kini sudah kembali ‘single and available’ walaupun mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan tersebut. Berbekalkan wajahnya yang kacak serta mempunyai personaliti dipuji ramai, Fattah Amin kembali menjadi kegilaan para wanita tidak mengira usia!
*Adakah anda berpuas hati dengan senarai ‘hot daddy’ dalam ini? Kacak-kacak belaka ya!
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: Redaksi