Dapur

Mudahnya Buat JERUK MAMAN, Menu Ringkas Popular Orang Lama & Anda Kena Rasa!

9
SHARES
jeruk maman

Siapa sahaja tidak kenal rendang maman yang merupakan menu Hari Raya popular dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan. Namun, bagaimana pula dengan jeruk maman? Ya, kebanyakan orang lama sudah mengetahui yang daun maman ini boleh dibuat jeruk.

Melalui pengalaman penulis sendiri, memang sudah biasa menikmati jeruk maman bersama nasi panas sahaja kerana hidangan ringkas ini sudah memadai untuk membuka selera perut! Nak lagi sedap, boleh sahaja gorengkan ikan sekali.

Baca juga: Panduan Set Suhu & Masa Air Fryer Pelbagai Jenis Masakan, Tak Perlu Kerap Tengok Banyak Kali!

JERUK MAMAN

jeruk maman

Gambar: pokok maman – Saidah Roslan

Jadi kepada pembaca yang sukakan jeruk maman, inilah masanya untuk anda belajar membuatnya sendiri di rumah dengan mengikuti resipi yang dikongsikan Saidah Roslan di bawah ini.

Ini saya nak kongsi resipi jeruk maman mak saya, korang kenal ke sayur maman…Haaaa itu cara-caranya.

Bahan-bahan:

  • 1 kg daun mama
  • Garam kasar
  • Lada kecil
  • Air suam
  • Bekas berpenutup

Baca juga: 7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!

Baca juga: Resipi PATI SIRAP Campur Rempah Cara Orang Dulu, Rasa & Aroma Bukan Main Sedap Lagi!

Cara membuat jeruk maman:

jeruk maman

Gambar: Daun maman yang telah dicuci (kiri), setelah meletakkan air suam pada maman (kanan) – Saidah Roslan

  1. Daun maman (1kg) bersihkan dulu, selepas cuci dan ramas-ramas sikit supaya pasir keluar dan bilas 3-4 kali
  2. Garam kasar (angaran dalam segenggam mak mak)
  3. Lada kecil kot pandai nak pedas letak banyak
  4. Air suam (untuk tenggelamkan sayur maman, jangan banjir sangat agak-agak saja daun tu tenggelam sudah)
  5. Sejukkan dulu sebelum tutup penutup bekas jeruk.
  6. Jerukkan selama 7 hari.

Selamat mencuba semua!

Baca juga: Resepi KACANG BOTAK Goreng ‘Crispy’, Kudapan Ringkas & Mudah Untuk Raya!

Sumber: Saidah Roslan

FT Image: Saidah Roslan / Chikta Karim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×