Famili

Resepi Cheesy Crispy Bun Paling Senang & Ekspres Untuk Moreh

10
SHARES
crispy cheesy bun

Pada bulan puasa ini, mesti ramai yang nak makan kudap-kudapan ataupun kuih-muih yang mudah untuk makan moreh bukan? Ada juga yang malas, jadi nak mudah, mereka beli sahaja makanan untuk moreh di bazaar.

Tetapi jangan risau, resepi kali ini sangat mudah. Boleh di buat pada bila-bila masa sahaja. Bahannya pun tidaklah banyak dan mudah dapat di dalam dapur anda. Seorang pengguna TikTok @aniis_ismail telah berkongsi cara nak buat cheese bun crispy.

Baca juga: Resepi Sardin Campur Telur Viral, Boleh Tambah Nasi Waktu Sahur!

CARA NAK BUAT CHEESE BUN CRISPY

Bahan-bahannya:

– Keju mozarella
– roti putih

Cara penyediaan:

1. Potong keju mozarella dalam bentuk dadu. Saiznya mestilah bersesuaian dengan saiz roti.

2. Sediakan roti putih. Letak keju yang dah di potong tadi di atas roti dan tutup keju itu dengan roti lagi.

3. Selepas itu, ambil cawan plastik dan tekapkan di atas roti itu.

4. Kemudian, goreng sehingga perang keemasan dan boleh di hidangkan.

Selamat mencuba!

Video penuh:

@aniis_ismail

Cheese Bun Crispy 🤤 #FYP #SMILE #FORYOU #foodie

♬ original sound – Aniis Ismail – Aniis Ismail

Sumber: TikTok @aniis_ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×