Dapur

Resepi Sardin Campur Telur Viral, Boleh Tambah Nasi Waktu Sahur!

16
SHARES
resepi viral ikan sardin telur

Kalau tekak rasa nak makan sardin, semestinya kita akan masak sardin sambal tumis bukan? Kadang-kadang mesti rasa bosan kerana inginkan sedikit kelainan untuk makan ikan sardin sambal tumis ini. Jangan risau, pernah dengar sardin telur yang viral baru-baru ini? Hidangannya lain sedikit dari yang biasa kita buat tapi rasanya memang sedap.

Kalau makan ikan sardin ini, wajiblah rasanya pedas, masam dan secukup rasa barulah sedap di makan dengan nasi panas-panas. Bagi yang baru nak belajar masak, resepi ini sangat senang untuk di sediakan. Resepi sardin telur telah dikongsi oleh @limaunipisofficial di akaun TikTok nya dan mendapat suka sebanyak 242.9k untuk video itu sahja.

Baca juga:  Resepi Sambal Penyet Viral, Simple Tapi Pedas Menyengat!

RESEPI VIRAL IKAN SARDIN TELUR

Bahan-bahannya:

– 1 tin sardin (200g)
– 1 biji bawang besar
– 2 ulas bawang putih
– 1 biji cili merah
– 4 biji cili api
– 1 sudu makan cili kisar
– 5 sudu makan kuah sardin
– 2 sudu makan sos ikan
– Perahan limau nipis ( 1- 2 biji)
– Hirisan daun ketumbar

Cara penyediaan:

1. Masukkan cili merah, bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris ke dalam minyak yang sudah panas kemudian tumis sehingga wangi.

2. Selepas itu, masukkan ikan sardin yang telah diasing dengan kuahnya dan goreng ikan sardin itu untuk beberapa minit dan hancurkan ikan sardin. Jangan lenyek ikan sardin sehingga lumat.

3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak supaya cili betul-betul masak.

4. Dan bila dah pecah minyak, boleh masukkan kuah sardin tadi.

5. Tuangkan 2 sudu makan sos ikan. Kacau dan masak sehingga pecah minyak.

6. Kemudian, tuangkan telur. Sebaiknya buat macam lubang di sambal tumis sardin tadi dan tuangkan telur.

7. Terakhir sekali, jika ingin nak buat masakkan lebih pedas menyengat, masukkan cili api yang telah di tumbuk ke dalam hidangan dan tidak lupa juga dengan penambah rasa iaitu tambah perahan limau.

8. Hidangkan dengan letak hirisan daun ketumbar. Ini adalah pilihan, jika tak nak letak pun boleh.

Video penuh:

@limaunipisofficial

sardin telur #foryou #fyp

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @limaunipisofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×