Dapur

Resepi Sambal Penyet Viral, Simple Tapi Pedas Menyengat!

17
SHARES
resipi sambal penyet

Mesti ada di kalangan kita adalah pencinta sambal penyet dan ingin makan sambal itu setiap masa. Akan tetapi, tidak mungkinlah kita hendak membeli sambal ini di kedai bukan? Lagi-lagi bila di hujung bulan semestinya duit pun makin berkurang sehingga tidak mampu untuk membeli sambal kegemaran kita itu.

Walaupun pada masa sekarang banyak sahaja orang yang menjual stok sambal penyet di mana-mana, anda juga boleh mencuba buatnya sendiri kerana ianya lebih sedap. Seorang pengguna TikTok @emymellisamohdkasim telah berkongsi video resipi sambal penyet sedap dan boleh tahan lama. Mesti sedap makan dengan nasi panas-panas.

Baca juga: Rupanya Ini Manfaat Tempe Yang Kita Tidak Tahu, Sedap Pun Sedap!

RESIPI SAMBAL AYAM PENYET

Bahan-bahannya:

– 7 tomato merah
– 5 cili merah besar
– 20 cili merah kecik
– 2 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih
– Sedikit belacan
– Garam dan gula
– Minyak masak

Cara penyediaan:

1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali.

2. Masak bawang merah & bawang putih hingga berbau harum.

3. Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.

4. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.

5. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.

6. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal penyet mcm cili bo.

7. Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.

8. Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Selamat mencuba dan kalau dah sekali buat banyak terus, lepas tu simpan dalam peti ais. Bila nak makan ambil saja. Makan pula dengan nasi panas-panas memang menyelerakan!

Video penuh:

@emymellisamohdkasim

Sambal penyet tersedap 😋🤤 Stok bulan puasa nanti! #sambalpenyet #sambal #kacaukacaukan #tarabyemymellisa #mahn #masakapaharini

♬ Joyful Mood – HD Studio

Sumber: TikTok @emymellisamohdkasim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×