Rakyat

“Ada Darah Menitik, Bau Bangkai”- Rupanya Dalam Kereta Ada Ular Sawa Sebesar Lengan Lelaki Dewasa

2
SHARES

Bila sudah mempunyai kenderaan sendiri, sudah pasti kita akan menjaganya seperti selalu membuat pemeriksaan luar dan dalam termasuk bahagian enjin kereta. Namun, malang tidak berbau seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini di laman Twitter dimana keretanya secara tiba-tiba berbau bangkai!

Apa yang lebih mengejutkan, kereta yang digunakan untuk ke pejabat sahaja setiap hari ini telah dimasuki seekor ular sawa yang dikatakan mempunyai saiz seperti lengan lelaki dewasa. Memang merumitkan proses untuk mengeluarkan ular tersebut. Jadi, untuk anda di luar sana khususnya wanita, pastikan selalu membuat pemeriksaan luar dan dalam kereta ya!

‘TIBA-TIBA BALIK KERJA, KERETA BAU BANGKAI’

Apa yang mengejutkan adalah, wanita ini berkongsikan pengalaman apabila keretanya secara tiba-tiba berbau bangkai. Bukan itu sahaja, terdapat titisan seolah-olah darah menitik di bahagian depan keretanya.

Mengejutkan adalah, selepas disuluh oleh lampu apa yang mereka nampak adalah kepala seekor ular yang dipercayai ular sawa saiz sebesar lelaki dewasa!

ULAR MELILIT DALAM BAHAGIAN ENJIN KERETA

Jadi, proses seterusnya adalah mengeluarkan badan ular yang tersepit di dalam bahagian kereta tersebut. Proses menjadi sedikit sukar kerana bahagian badan ular tersebut sudah melilit ke bahagian bateri kereta dan mereka tidak boleh menghidupkan kereta.

Hampir lewat malam, ular tersebut masih belum dapat dikeluarkan. Hal ini kerana badan ular tersebut sudah sampai ke dashboard kereta. Namun, mereka masih berusaha sedaya upaya bagi mengeluarkan ular sawa tersebut.

“BOLEH MAKAN KAKI SENANG-SENANG JE”

Disebabkan saiz ular sawa yang besar seperti saiz lelaki dewasa, terdapat kemungkinan besar kaki tuan kereta pun boleh dimakan begitu sahaja. Tambah pula kalau kita tidak sedar bahawa ada ular di dalam kereta sendiri!

Apa yang peliknya adalah, wanita ini mengatakan bahawa dia tidak pernah memandu kereta ke kawasan hutan atau kawasan terbiar. Perjalanannya hari-hari adalah hanya ke pejabat sahaja.

Sumber: Twitter Adila Akaman 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×