Kini Trending

[VIDEO] Viral Pengasuh Baling Bungkusan Barang Pada Bayi, Polis Buat Siasatan

1.1K
SHARES

Viral di laman media sosial apabila pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tular seorang pengasuh yang dikatakan menganiaya seorang bayi dengan membaling satu objek dipercayai bungkusan barang ke atas belakang badan si kecil itu semalam di Georgetown semalam.

Baca juga: Badan Anak Penuh Kesan Lebam, Luka & Ditoreh Selepas Pulang Dari Rumah Pengasuh

VIRAL PENGASUH BALING BUNGKUSAN BARANG PADA BAYI

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah taska di Bayan Baru yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Petang semalam menerusi satu klip video berdurasi 44 saat memaparkan tindakan seorang wanita bertudung telah membaling satu objek ke atas seorang bayi yang sedang merangkak.

Klip video yang sehingga pagi ini mendapat 278,000 tontonan, dan 7,200 perkongsian pemilik laman sosial Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri dipercayai ibu kepada bayi tersebut. Bukan itu sahaja, ibu ini juga turut tidak menyangka bahawa perlara ini akan berlaku kepada anaknya sendiri.

“RASANYA KENA ADA SARINGAN MASALAH MENTAL UNTUK PENGASUH”

Menerusi ruangan komen, ramai yang ‘panas hati’ melihat tindakan pengasuh tersebut dan ada juga yang mengatakan bahawa perlu ada saringan pemeriksaan kesihatan mental dalam kalangan yang ingin menjadi pengasuh.

Sumber: Kosmo, Cahaya Naziha Mohd Nhazeri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×