Rakyat

Badan Anak Penuh Kesan Lebam & Luka Ditoreh Lepas Pulang Dari Rumah Pengasuh

424
SHARES

Seorang ibu tunggal di Johor Bahru dikenali sebagai M Vikneswari, 30 tahun dia tidak sangka dua anak lelakinya berusia enam dan 11 tahun menjadi mangsa dera pengasuh yang merupakan pasangan suami isteri di Selesa Jaya, Skudai.

Baca juga: Viral Video Kanak-Kanak OKU Didera, Pengurus Pusat Asuhan Ditahan Polis

ANAK PULANG DARI RUMAH PENGASUH DENGAN KESAN LEBAM, LUKA SELURUH BADAN

Sumber: Harian Metro

“Mengapa mereka sanggup memperlakukan anak saya seperti ini sedangkan anak-anak saya masih kanak-kanak dan bukan hamba abdi,

Menurutnya, dia hanya menyedari perbuatan pasangan berusia 30-an itu selepas kedua-dua anaknya dihantar pulang pada Khamis lalu. Luluh hati seorang ibu melihat keadaan anak-anaknya dengan kesan lebam, luka hampir di seluruh badan kecuali di kemaluan.

“Mereka menanggung kesakitan dan dalam keadaan lemah serta tidak bermaya seperti orang kebuluran,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Nusa Bestari di sini, pada 29 September lalu.

Vikneswari berkata, dia mengenali pengasuh berkenaan menerusi rakannya dan dia turut memberi upah RM800 sebulan bagi menjaga anaknya sejak April lalu. Menurutnya, akibat sibuk mencari rezeki, dia hanya berpeluang menziarahi anaknya sebanyak tiga kali sejak April lalu.

Tambahnya lagi, suaminya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia merupakan ibu tunggal serta bekerja sebagai pembantu restoran. Bukan itu sahaja, dia juga memang kerap menghubungi pengasuh bagi mengetahui perkembangan anak dan mereka menyatakan mereka sihat.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini saya tidak dibenarkan untuk menziarahi anak dan pengasuh memberi pelbagai alasan termasuk menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontrak rapat pesakit Covid-19. Saya bertambah bimbang apabila pengasuh menyatakan seorang daripada anak saya terkena air panas ketika tempoh kuarantin,” katanya.

ANAK DIPUKUL, DITOREH PISAU, SIMBAH AIR PANAS

Vikneswari berkata, dia juga dimaklumkan hanya dapat bertemu dengan anak selepas 48 hari. Selepas berkongsi kecurigaan kepada majikannya, P Anbarasu menyebabkan lelaki berkenaan menasihatkannya untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, selepas membuat aduan polis, barulah pengasuh itu memulangkan anak dengan menghantar mereka pulang menggunakan khidmat e-hailing ke rumahnya di bandar raya ini. Katanya, selepas itu anaknya mula cerita bahawa dia dipukul dan dicederakan dengan rotan, ditoreh pisau, disimbah air panas, dicucuh puntung rokok.

Anaknya kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan kuman kerana luka di hampir seluruh badan. Dia juga berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya atas pasangan suami isteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu. Menurutnya, tiga individu warga tempatan berusia antara 24 hingga 32 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×