Asuh

Anak Letih Balik Taska Sebab Tak Cukup Tidur? Mak Ayah Kena Buat Apa?

41
SHARES
harga taska 2022

Sudah semestinya ramai dalam kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak yang masih kecil ke pusat penjagaan seperti taska. Bukan sahaja pusat penjagaan anak-anak, malah taska juga adalah tempat yang mengajar anak-anak tentang perkara asas aktiviti seharian.

Namun, perasan atau tidak bila anak-anak pulang sahaja dari taska mereka kelihatan agak letih walaupun sudah mempunyai waktu tidur yang ditetapkan oleh pihak pengurusan taska tersebut. Kenapa jadi begitu dan apa mak ayah perlu lakukan? Berikut merupakan perkongsian kisah dari seorang konsultan bayi menerusi Facebook Baby Language untuk panduan mak ayah.

Baca juga: Ini Contoh Taska/Pengasuh Yang Bagus, Mak Ayah Kena Alert!

ANAK LETIH BALIK DARI TASKA SEBAB TAK CUKUP TIDUR?

taska anak

Apa ibubapa boleh buat untuk hadapi perkara ini? Ketika baby Umar dan ibubapanya sampai di baby cry support center Sabtu lepas, Umar baru saja bangun dari tidur di sepanjang perjalanan ke sini.

Maka, mood nya memang sangat ceria. Senyuman, pandangan mata, riuh mulut dan keletahnya buat saya kegeraman sebab sangat comel!. Rasa macam nak ambil dan gumal-gumal saja Umar. Tak boleh terbayang rupa si comel Umar jika bertukar jadi baby yang ‘grumpy’, bad mood, mengamuk dan ‘susah’ sampai buat ibunya stress seperti yang tertera di dalam maklumat borang khidmat konsultasi.

Hasil ‘soal siasat’ keadaan permasalah Umar, saya senaraikan beberapa saranan saya mana tahu boleh jadi panduan buat ibubapa lain yang mungkin berhadapan dengan isu yang serupa.

1. Bagi ibubapa yang berkerja di mana anak di jaga oleh pihak lain sepanjang siang, ibubapa perlu tahu bahawa prestasi tidur anak semasa di jagaan pihak ketiga AMAT- AMAT mempengaruhi mood dan kualiti tidur anak pada malam hari setelah di ambil alih oleh ibubapa.

Bayi yang overtired AKAN buat kelakuan-kelakuan di bawah ini:

– mengamuk teruk

– jadi hyper macam nak main dan berjaga

– nampak mamai (sleepy) /cuba nak lelap namun terlalu susah. Asyik buka-tutup mata, menguap banyak kali,resah dan garu mengaru lama

– jika terlelap, jadi tak lena.

Akibatnya, isu-isu biasa berikut seringkali terjadi:

– anak masuk tidur malam terlalu lewat sebab nampak macam ‘bertenaga’

– tidur -terjaga berkali- kali sebelum dapat tidur dengan elok. Misalnya ulang tidur-berjaga sejak 7 -12 malam dan hanya OK setelah lepas jam 12 malam ATAU tidur elok sejak pulang dari taska sampai sebelum tengah malam, namun terjaga berulang kali resah gelisah mulai tengah malam ke subuh

– susah di tenangkan setiap kali terjaga di antara waktu tidur

RUPANYA ANAK-ANAK ‘OVERTIRED’…

Ini semua berlaku akibat hormon stress (cortisol) yang tinggi dalam badan anak-anak overtired. Overtired paling biasa berlaku dari 2 punca:

– Tidur siang terlalu sikit/tak cukup. E.g usia 5 bulan seperti Umar perlukan 13-14 jam tidur sehari. Jika pada waktu malam Umar telah tidur sebanyak 10 jam, maka Umar perlukan baki 3-4 jam TOTAL tidur pada waktu siang. Jika Umar gagal dapatkan 3-4 jam ini, disinilah punca overtired

– Berjaga lebih masa. E.g usia 5 bulan seperti Umar sesuai berjaga tak lebih 2.5 jam SETIAP kali di antara waktu tidur. Maka, jika tidur terakhir Umar ialah pada 12 tengahari – 2.30 petang kemudian Umar tiada tidur lagi sehingga lah ketika ibunya datang mengambilnya pada jam 6 petang, disitu punca overtired akibat berjaga lebih dari maksimum 2.5 jam.

2. Ya, agak sukar untuk para ibubapa menjaga bab prestasi tidur anak bila anak dijaga pihak ketiga pada waktu siang. Maka,

– Jika dapat berbincang dengan pengasuh untuk baiki prestasi tidur anak, itu sangat bagus

– Jika tak dapat baiki ke tahap yang sepatutnya namun pretasi keseluruhan tidur anak tidaklah begitu teruk, maka ibubapa ‘play along’ sajalah dengan keadaan mood semasa anak. Maksudnya:

– jika pada waktu ibubapa jemput anak pulang dan anak kelihatan sangat mengantuk – tidurkan dengan segera. Tak perlu fikir ‘sekejap lagi nak senja’ atau ‘nanti takut dia tak tidur malam kalau dah tidur sekarang’. NO! Baca balik kesan-kesan overtired yang telah saya tulis di atas. Jika tak mahu anak tidur terlalu lama pada lewat petang kerana takut anak segar pada waktu malam, hadkan tempoh tidurnya misalnya. benarkan dia tidur untuk 30-40 minit saja. BUKAN tahan dia tidur. Jika anak nampak perlukan bantuan tambahan misalnya perlu ibu dodoi sekejap walau selalunya dia tak perlukan, ibu bantulah kali ini kerana dia sedang bergelut keletihan.

-jika pada waktu ibubapa jemput anak pulang anak telah sangat meragam akibat overtired – CUBA (try not aim) tolong tidurkan anak dengan apa saja cara TETAPI HADKAN CUBAAN ANDA KEPADA ~ 15 MINIT sahaja. Kenapa 15 minit je?

3. Sebab, kalau anak itu masih di fasa letih di mana hormon tidurnya sedang tinggi, dia patut boleh terlelap dalam tempoh ~ 15 minit kerana setiap satu fasa tidur anak adalah 20-30 minit (light sleep :20-30 minit, deep sleep pun:20-30 minit).Maka, kalau ibubapa dah mencuba selama ~15 minit dan anak langsung tiada tanda-tanda boleh tidur- TAK PERLU BUANG MASA MENCUBA. Pasti ibu naik stress .

KALAU ANAK TAK BOLEH TIDUR, BIARKAN DIA BERAKTIVITI

Lagipun, INGAT, TIDUR IALAH BIOLOGI. Jika badan anak tak boleh ‘shut down’ akibat telah terlajak ke fasa overtired, DIA TIDAK AKAN BOLEH TIDUR DENGAN CEPAT WALAU BETAPA KUAT ANDA MENCUBA kerana hormon stress telah ambil alih dalam badannya yang sebabkan hormon tidur telah sangat rendah. Maka tak perlulah buang masa ye.

Biar saja anak lepas bebas buat aktiviti yang dia mahu , jika anak bukan jenis menjerit dan mengamuk bila overtired. Jika anak jenis mengamuk teruk-teruk bila overtired, fikir cara yang boleh alih perhatiannya dari mengamuk (stop mengamuk) supaya ibubapa pun tak stres menghadap anak:

-ajak pusing-pusing taman dalam stroller atau gendong
– ajak anak main playgroud
– ajak anak pusing-pusing naik kereta
– ajak anak main air /berendam air suam

Senang cakap: tak boleh tutup mata tak apa, asal ‘tutup mulut’. So tiada siapa yang stress. Kalau ibubapa jenis kental tahan dengar anak mengamuk tanpa cuba usaha nak alih perhatiannya agar diam, silakan.

Anak yang overtired AKAN boleh tidur semula setelah badannya keluarkan sebanyak mungkin hormon stress dari badannya: Berpeluh, menangis, buang air kencing atau keluar ikut air liur adalah antara cara hormon stres di bantu cepat keluar dari badan.

Maka, benarkan anak mengamuk menangis atau jadi hyper bebas berkeliaran melompat ke sana sini atau beli masa dengan ajak anak buat aktiviti seperti yang saya cadang di atas tadi agar dia reda walau tak boleh lelap.

Cuba tidurkan anak kembali setelah dia nampak tenang tetapi ‘sleepy’, nanti. Ketika anak telah overtired : IBUBAPA HANYA PERLU FIKIR CARA UNTUK ‘SURVIVE’ TEMPOH TERSEBUT DAN BUKAN PAKSA ACARA TIDUR UNTUK SEGERA TERJADI KERANA IA HAMPIR MUSTAHIL UNTUK BERLAKU.

Semoga bermanfaat. Ibubapa tahu. Ibubapa tenang hadapi kekacauan.

Sumber: Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×