Deko & Hias

Penat Tau Buat Semua Dalam Sehari, Jadual Bersihkan Rumah Ini Boleh Ringankan Beban!

11
SHARES
jadual kemas rumah

Tak kira sama ada anda duduk bujang atau berkeluarga, aktiviti mengemas rumah merupakan satu kewajipan kerana Islam amat mementingkan kebersihan. Ada individu suka berpandukan jadual kemas rumah kerana ia dikatakan lebih efisien dan tidak memenatkan badan.

Hal ini kerana, membersihkan rumah bukanlah perkara yang mudah kerana ia perlu dilakukan setiap hari. Apatah lagi, jika anda seorang yang bekerjaya atau mempunyai anak kecil, memang tidak akan menang tangan.

Baca juga: Idea Bernas Selamatkan Pakaian Jadi Berbulu Lepas Kerap Cuci, Tak Adalah Sakit Mata!

JADUAL KEMAS RUMAH

jadual kemas rumah

Gambar: Jelajah Maya

Justeru itu, bagi meringankan beban membersihkan rumah, berikut merupakan jadual kemas rumah yang efisien untuk dijadikan sebagai panduan agar anda lebih rasa mudah dan gembira ketika melakukan aktiviti tersebut.

Baca juga: Esok Nak Pakai Lagi Tapi Berus Cat Dah Jadi Keras, Lain Kali Sebelum Guna Buat Petua Ini!

1. Sekali sebulan

  • Cuci kipas
  • Buang sawang
  • Bersihkan perkakas elektrik
  • Bersihkan laman
  • Buang majalah atau surat khabar lama

2. Setiap hari

  • Kemas tempat tidur
  • Lap meja lepas makan
  • Lap dapur lepas masak
  • Sapu sepintas lalu
  • Bersihkan sinki sebelum tidur
  • Buang sampah
  • Basuh pakaian

3. Isnin

Bersihkan dan lap debu:

  • Rak televisyen
  • Meja solek
  • Meja belajar
  • Rak buku
  • Rak pakaian

Baca juga: Tips Keringkan Pakaian Guna ‘Dryer’ Dobi Layan Diri, Rupanya KENA Buat Macam Ini

jadual kemas rumah

Gambar: freepik

4. Selasa

Bersihkan dan vakum:

  • Karpet
  • Alas kaki
  • Tingkap dan celahan
  • Kaki dan bawah perabot

5. Rabu

Bersihkan dan mop:

  • Ruang tamu
  • Ruang keluarga
  • Dapur
  • Bilik tidur

6. Khamis

Cuci bilik air dan tandas:

  • Cuci sinki dan tangki flush
  • Cuci mangkuk tandas
  • Sental dinding
  • Berus lantai

Baca juga: Trik Elak Pakaian Dijemur Kena Hujan Atau Melekat Asap, Idea Bernas Ini Tak Ada Bau Hapak Pun!

kemas rumah

Gambar: jcomp

7. Jumaat

Tukar dan basuh:

  • Tuala
  • Selimut
  • Cadar
  • Sarung bantal

8. Sabtu

Tukar dan basuh:

  • Kain lap tangan
  • Kain lap dapur
  • Alas kaki
  • Bersihkan tub mandi (kalau ada)

9. Ahad

Kemas dapur:

  • Cuci peti sejuk
  • Periksa rencah masakan
  • Buang makanan rosak
  • Isi semula stok makanan

Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!

Sumber: Jelajah Maya

FT Image: freepik / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×