Pakaian berbulu merupakan masalah yang biasa terjadi apabila ia dibasuh berulang kali. Perubahan itu berlaku oleh kerana banyak benang yang berpintal pada fabriknya, selain warnanya berubah lusuh.
Bagi individu yang sensitif dengan kekemasan, ia merupakan masalah besar dan ‘menyakitkan mata’ sehingga sanggup mencabutnya satu persatu. Namun, masalah ini boleh diatasi setelah anda baca artikel ini sampai habis!
Baca juga: Esok Nak Pakai Lagi Tapi Berus Cat Dah Jadi Keras, Lain Kali Sebelum Guna Buat Petua Ini!
PAKAIAN BERBULU
Melalui satu hantaran di laman Tiktok @elzio_j , telah berkongsikan teknik yang efisien untuk menghilangkan benang berpintal pada pakaian.
Menurut Elzio, penggunaan pisau cukur lebih memudahkan daripada menggunakan tangan untuk mencabut pintalan benang tersebut.
Pisau cukur lebih mudah menghilangkan benang berpintal
Caranya cukup mudah iaitu dengan menarik pisau cukur pada permukaan pakaian beberapa kali sehingga benang berpintal berjaya ditanggalkan.
Hasilnya? Anda akan berpuas hati apabila melihat fabrik pakaian anda kembali licin seperti baharu!
“Kaedah ini boleh menjadi alternatif kepada lint remover, alat khusus untuk tujuan sama,” jelas Elzio.
Baca juga: Cara Bersihkan Minyak Tumpah Pada 5 Jenis Permukaan, Kaedah Ini Pakar ‘Approve’!
Baca juga: Tips Keringkan Pakaian Guna ‘Dryer’ Dobi Layan Diri, Rupanya KENA Buat Macam Ini
Idea ini bukan semua jenis fabrik sesuai
Menjengah di ruangan komen, terdapat nasihat daripada warga maya yang memberikan peringatan bahawa teknik sebegini mungkin kurang sesuai untuk sesetengah jenis fabrik.
“Tidak disarankan untuk fabrik seperti legging, boleh koyak,” ujar seorang pelayar.
Baca juga: Trik Elak Pakaian Dijemur Kena Hujan Atau Melekat Asap, Idea Bernas Ini Tak Ada Bau Hapak Pun!
Sumber: Tiktok @elzio_j
FT Image: Tiktok @elzio_j