Deko & Hias

Langkah Mudah Cuci Komponen ‘Drum’ Mesin Basuh, Baru Tahan Lama & Badan Tak Gatal!

2
SHARES

Individu yang berkulit sensitif sememangnya memerlukan penjagaan terhadap kebersihan diri yang sangat teliti dan ini termasuklah pakaian kotor yang dicuci. Sekiranya keadaan mesin basuh sudah lama dipakai dan tidak pernah buat servis mencuci, ia akan memberi kesan kepada kesihatan diri kerana pakaian yang dipakai tidak sepenuhnya bersih.

Justeru itu, jika anda berkesempatan, apa kata luangkan masa mencucinya sendiri dengan mengikuti langkah-langkah membersihkan komponen ‘drum’ dalam mesin basuh seperti yang dikongsikan oleh saudara Ku Muhammad Zaimm di bawah ini. Jom sama-sama bersih!

Baca juga: Ini Tips Gerudi Dinding Tanpa Mengeluarkan Banyak Habuk, Sangat Mudah!

MESIN BASUH BERSIH, PAKAIAN BERGANDA BERSIH!

Cara-cara nak service Drum Washing Machine. Alang-alang itu service semua part sekali.

Kenapa perlu service?

  • Drum kotor ini bersih luar dekat dalam berlumut.
  • Nak elak gatal pada kulit yang sensitive.
  • Supaya machine tahan lama.

LANGKAH-LANGKAH MENCUCI KOMPONEN ‘DRUM’ DALAM MESIN BASUH:

1. BUKA SKRU PADA KIPAS

Menurut Encik Zaimm di ruangan komen gambar, sekiranya skru dalam keadaan ketat kerana mesin sudah lama, gunakan WD40 saja dan pastikan bunganya tidak rosak. Jikalau ia rosak akan menyebabkan tidak boleh dibuka terus.

2. ALIHKAN PENUTUP ATAS PADA MESIN BASUH

Drum akan tersekat apabila dikeluarkan sekiranya tidak dibuka penutup mesin basuh di atas.

3. KELUARKAN NUT DRUM

Keluarkan nut skru pada drum dengan menggunakan sepana saiz 10. Longgarkan ia kiri dan kanan untuk mudah terkeluar.

4. KELUARKAN DRUM

Berhati-hati ketika mengeluarkan drum.

5. MULALAH MENCUCI SETIAP KOTORAN YANG ADA PADA DRUM

6. CUCI BAHAGIAN TEMPAT SALURAN MASUK AIR

DRUM PADA MESIN SUDAH BERSIH & SEDIA DIPASANG SEMULA!

Gambar: Keadaan drum dan komponen lain yang kotor sebelum dicuci bersih.

Gambar: Bahagian atas sebelum dicuci dan bahagian bawah adalah hasil drum setelah dicuci bersih.

Sumber: Facebook Ku Muhammad Zaimm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×