Asuh

Ini 9 Kesalahan Remeh ‘Parents’ Sering Buat, Saat Baca Buku Pada Anak!

15
SHARES
baca buku

Membaca buku adalah salah satu perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak kerana ia mempunyai banyak manfaat. Walau bagaimanapun, tanpa disedari, terdapat beberapa kesilapan kecil yang dilakukan oleh ibu bapa semasa baca buku kepada anak-anak mereka.

Walaupun nampak mudah, membaca buku untuk anak tidak boleh sambil lewa ya. Sebenarnya terdapat beberapa kesilapan remeh yang sering dilakukan oleh ibu bapa dan jarang disedari.

Baca juga: Biar Lebih Fahami Al-Quran, Ini 6 Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Arab!

BACA BUKU PADA ANAK

baca buku

Gambar: freepik

1. Tidak baca judul & nama penulis

Berdasarkan laman web Learning Their Way, tajuk buku menetapkan tahap untuk keseluruhan buku dan memperkenalkan idea utama cerita. Selain itu, bercerita tentang penulis kepada anak-anak dapat memotivasikan mereka untuk menjadi seperti penulis apabila dewasa kelak.

Adalah penting untuk menyediakan minda anak tentang apa yang akan anda baca. Oleh itu, sediakan segala jenis maklumat bermula dari judul hingga nama penulis buku.

2. Membaca dengan suara perlahan

Penyelidikan menunjukkan bahawa membaca dengan kuat kepada kanak-kanak adalah satu cara untuk meningkatkan kemahiran literasi sambil memberikan motivasi untuk membaca sendiri.

3. Tidak bertanyakan soalan

Anda boleh bertanyakan soalan tentang cerita sebelum, semasa dan selepas membaca untuk memantau kefahaman anak. Jika anak-anak mendengar atau membaca dengan baik, mereka secara semula jadi akan bertanya kepada anda tentang pelbagai perkara.

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

4. Mengabaikan pentingnya gambar

Ketika membacakan buku kepada kanak-kanak, bincangkan dengan mereka siapa atau apa yang mereka lihat dalam gambar. Ini akan membantu kanak-kanak ‘membaca gambar’ yang merupakan salah satu cara pertama kanak-kanak membaca buku secara bebas.

5. Tidak membaca setiap hari

Kajian menunjukkan bahawa membaca buku untuk kanak-kanak sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari akan mengubah kehidupan si kecil. Oleh itu, jangan lepaskan tabiat membaca buku supaya anak-anak mempunyai rutin.

6. Pilih buku yang salah

Memetik dari laman Brightly, jika anda hanya mempunyai buku yang anak-anak tidak faham, maka mereka akan tawar hati untuk membacanya. Anak-anak kecil biasanya sanggup membaca buku jika buku yang dimiliki adalah buku pada tahap yang mereka minati.

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

7. Tak beri anak buat pilihan buku

baca buku

Gambar: freepik

Kanak-kanak ingin membaca buku pilihan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh mencadangkan buku yang sesuai untuk mereka.

Beri ruang kepada kanak-kanak untuk memilih buku yang mereka mahu. Anda boleh mengarah, tetapi jangan paksa, okay?

8. Beri hukuman pada anak

Ibu bapa tidak sepatutnya menghukum atau mengancam anak apabila mereka tidak mahu membaca. Dengan hukuman ini, kanak-kanak akan merasakan bahawa membaca adalah sesuatu yang menakutkan.

9. Tiada ekspresi ketika membaca

Apabila membaca cerita fiksyen, salah satu alat pembelajaran terbaik untuk kanak-kanak ialah mempelajari cara menganalisis perasaan dan tindakan watak dengan melihat wajah dan bahasa badan dalam ilustrasi.

Anak anda mungkin bertanya tentang perasaan watak, sewaktu anda bacakan mereka buku. Apabila kanak-kanak mula melibatkan diri dalam cerita, mereka akan mengaitkan perasaan atau tindakan watak dengan kehidupan mereka sendiri.

Baca juga: Aplikasi ‘Pandai’ Bantu Anak Ulang Kaji Pelajaran: Kuiz Pelbagai Subjek, Tuisyen & Ujian Penggal!

Sumber: HaiBunda

FT Image: tirachardz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×