Asuh

Ibu Ini Kongsi 5 Resepi Sumber Makanan Yang Disebut Dalam Al-Quran Untuk Anak

14
SHARES

Makanan yang sihat dari sumber baik turut membantu dalam mempengaruhi tingkah-laku manusia. Begitu juga makanan yang dibekalkan kepada anak-anak. Ibu bapa pastinya ingin memberikan makanan yang berkhasiat dan bagus untuk perkembangan minda dan tumbesaran si manja.

Itu yang telah dikongsikan oleh Puan Khalida Mahsari Ummi Khadeejah, berkenaan resepi bagaimana untuk membekalkan anak-anak dengan menu yang berkhasiat berdasarkan sumber makanan yang disebut dalam Al-Quran. Mari ikuti ilmu perkongsian beliau!

Baca juga: 13 Menu Mudah Untuk Bayi 6 Bulan Tanpa Guna Garam & Gula!

5 RESEPI MAKANAN YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN UNTUK ANAK

Bertemakan makanan yang disebutkan dalam Al-Quran. Jadi ibu ayah, tak perlu rasa berat untuk berikan anak makanan yang sihat dan terbaik.

KERANA??

Menu atau bahan dari sumber yang murah, boleh didapati boleh mampu milik untuk semua golongan, boleh kita hasilkan makanan yang berkhasiat untuk si comel anda.

Contohnya :

Seafood antara makanan yang di sebutkan dalam Al Quran. Kita tahu pelbagai jenis seafood yang boleh didapati. Antaranya ikan selar, ikan kerisi, ikan sardin yang boleh dibeli dan mudah didapati untuk berikan pada anak.

Ingat tidak semestinya perlu menu yang susah untuk dihasilkan dan tidak semestinya dari sumber yang mahal, terpulang kepada ibu-ibu untuk hasilkan yang terbaik. Yang penting kualiti makanan yang diberikan.

1. RESEPI SUSU KURMA HOMEMADE

Bahan-bahan:

– 4 biji Kurma

– Susu full cream 1 cawan

Langkah-langkah:

1. Rendam Kurma dengan air panas 3-5 minit sehingga kulit Kurma lembut.

2. Kopek kulit Kurma dan kisar Kurma sehingga halus dengan sedikit air.

3. Masukkan pes Kurma yang telah di sediakan, 2 sudu tea di dalam susu dan gaul sebati.

4. Untuk teksture lebih smooth tapis susu Kurma tadi.

5. Dan sedia di hidang sejuk sejuk buat si manja anda.

2. RESEPI SHELL OUT VERSI BABY

Bahan- bahan Tomato Pes:

– Tomato sebiji

– Tomato ceri secukupnya

– Celery 1 batang

– Bawang holland 1/2 biji

– Bawang putih 3 ulas

Langkah-langkah:

1. Kisar semuanya dan tumis

Bahan-bahan lain:

– Udang

– Sotong

– Brokoli

– Jagung

– Serai

– Bunga lawang

– Kayu manis

Langkah-langkah:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang & kayu manis..

2. Masukkan serai yang telah tumbuk. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan 3 sudu besar tomato pes.

4. Tumis sehingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan udang & sotong.

6. Seterusnya masukkan jagung & brokoli yang telah direbus.

7. Siap untuk dihidang bersama nasi!

3. RESEPI SALAD WRAP BABY

Bahan-bahan Lempeng:

– Tepung gandum 1/2 cup

– Telur sebiji

– Air secukupnya

Langkah-langkah:

1. Bancuhkan semuanya, sehingga sebati. Sekiranya mahu lempeng nipis cairkan sedikit adunan.

2. Sedia utk dimasak pada kuali non stick.

Bahan-bahan Inti Salad:

– Timun

– Tomato

– Jagung

– Kismis dikisar

– Cream cheese

Langkah-langkah:

1. Satukan timun, tomato dan jagung.

2. Masukkan 3 sudu kecil kismis.

3. Masukkan 1/2 sudu besar cream cheese.

4. Gaul sebati.

5. Masukkan inti salad dan lipatkan lempeng tadi.

4. BANANA MILK POPSICLES

Bahan-bahan:

– Pisang

– Susu

Langkah-langkah:

1. Lenyekkan pisang

2. Isikan di dalam acuan ice cream

3. Tuangkan susu fullcream

4. Bekukan dan siap!

Semudah ABC utk si manja anda!

Oh ya! Ibu ayah tak perlu risau hasil warna pisang berubah kerana proses yang dipanggil “oxidization of polyphenol enzyme” berlaku.

Apabila pisang dipotong atau terdedah dengan udara, oksigen di udara berinteraksi bersama polifenol tersebut dan menghasilkan warna gelap pada pisang.

Jangan risau selamat di makan. Jika ibu ayah ingin perahkan sedikit lemon pada pisang , boleh mengelakkan warna gelap yang pekat.

5. KEJU STICK VERSI BABY

Bahan-bahan:

– Kentang 1 biji

– Tepung jagung 1 sudu besar

– Tepung gandum 1/4 cup

– Cheese stick

– Kelapa parut kering

Langkah-langkah:

1. Satukan kentang, tepung jagung dan tepung gandum.

2. Gaul sikit sikit sehingga dapat teksture doh yang di ingini.

3. Canaikan doh, masukkan cheese di tengah, gaul bersama kelapa parut kering.

4. Goreng sehingga keperangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Khalida Mahsari Ummi Khadeejah via Happy Baby Foods Malaysia (HBFM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×