Famili

Wanita Ini Bersyukur, Bila Nak Hujan Jiran Cina Tolong Alih ‘Parcel’ 8kg & Angkat Kain Jemuran! 

14
SHARES
jiran yang baik

Bukan senang mempunyai sikap jiran yang baik dan prihatin di sekeliling rumah kita. Lagi-lagi zaman sekarang ini, kebanyakan orang lebih gemar membuat hal masing-masing. Bukan tidak ada langsung, mungkin cuma sebilangan kecil sahaja.

Namun, bukan jiran kepada Asmawati Abdul Eid ini. Dia tidak menyangka, sikap jirannya berbangsa Cina yang sering menolong mengambil barang dipesan dan mengangkat baju di pagar kerana khuatir terkena hujan, begitu menyentuh hatinya.

Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!

JIRAN YANG BAIK BERBEZA AGAMA

jiran yang baik

Gambar: Asmawati Abdul Eid

Sikap jiran yang saya terkejut.

Bila saya buka pintu kereta, nampak barang dari runner diletakkan oleh jiran di atas batu ini tadi. Belah kiri rumah didiami oleh sepasang warga emas Cina yang baik.

Mereka ambil barang dari runner, letak atas batu. Apa yang runner hantar, mereka ambil dan letak atas batu.

Pernah runner telefon, kak, jiran akak ambil barang ini (siap diambil photo aunty pegang barang saya). Tak apa bos, jiran saya ambil dan nanti dia bagi dekat saya.

Bayangkan kadang-kadang saya order makanan kucing 8kg, mereka angkat letak dekat atas batu ni. Mereka dah umur 60 ke atas, bela cucu dan mengasuh anak orang.

Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!

Baca juga: Ibu Ini Tak Putus Asa Anaknya Tak Minat Akademik, Hantar Kemahiran Berjaya Dapat Kerja!

Jiran suka tolong sebab risau barang rosak atau kena hujan

Saya dah pesan, tak apa biarkan saja atas gate sebab berat, susahkan mereka pula.

Isterinya jawab, petang-petang hujan nanti barang rosak, you balik lambat. Aunty letak atas batu inilah.

2-3 kali saya beli 8kg, last last saya pergi beli di kedai sebab saya rasa bersalah untuk mereka ambil dari runner.

Kain baju pada gate pun mereka tolong angkat bila hujan. Bersusun atas batu ini.

Mereka ini sangat bersih. Anak, menantu pun baik, mahu tegur, sihat ke, dah makan ke.

Jiran walaupun bukan Islam, kita kena buat baik. Alhamdulillah.

Sementara itu, melihat di sumber lain Asnawati berasa bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik. Ujarnya, sehingga sekarang ini jirannya masih berbuat sedemikian dengan membantunya menyimpan barang-barang yang dipesan.

Baca juga: Anak Sulung Rita Rudaini Pecah Rekod MSSD 20 Tahun Larian 100m, Tahniah!

Sumber: Asmawati Abdul Eid

FT Image: Asmawati Abdul Eid / kurierhantarbarang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×