Peribahasa ada menyebut, ‘hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup’. Di dalam setiap perkahwinan, pasti adanya ujian rumah tangga yang ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
Tidak dinafikan di dalam proses tersebut, akan adanya tingkah laku atau ucapan yang menghiris hati pasangan sendiri.
Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!
UJIAN RUMAH TANGGA: PENGALAMAN BILA DIUJI MAHA PENCIPTA
Seperti mana perkongsian saudara Mohd Firdaus Jailan ini, yang sehingga kini berasa berdosa kerana memarahi isterinya dek kerana nilai RM20, tatkala dia sekeluarga dilanda ujian kewangan yang luar biasa pada 13 tahun lalu.
Mari ikuti kisah selanjutnya…
Baca juga: Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!
13 tahun lepas rumah tangga diuji dengan ujian kewangan luar biasa
Sampai sekarang saya rasa berdosa dengan puan isteri kerana RM20 ini.
13 tahun yang lepas, kami sekeluarga diuji dengan ujian kewangan yang luar biasa. Kereta ditarik, rumah sewa tak mampu bayar dan tak ada pekerjaan tetap.
Salah saya sebab saya berhenti kerja nak berniaga. Bila berniaga tak jadi waktu itu, anak dan isterilah jadi mangsa.
Sampai satu tahap, saya terpaksa lepaskan isteri untuk pulang ke kampung bersama ibu dan bapa beliau di Sarawak buat sementara waktu. Ketika itu isteri sedang sarat mengandung anak ke-2.
Di kampung tak ada kenderaan selain bas. Air pula waktu itu bergantung sepenuhnya kepada air sungai belakang rumah. Puan isteri dengan perut besarnya terpaksa turun ke sungai melalui tangga yang tinggi dan licin untuk menguruskan kehidupan harian.
Isteri sangat gembira saya berikan RM60
Nak dijadikan cerita, puan isteri minta duit belanja makan untuk beliau dan anak. Saya waktu itu cuma ada RM80 sahaja di dalam akaun.
Saya hantarkan kepada beliau RM60 dan bakinya saya gunakan untuk makan saya d i semenanjung.Isteri saya call dan sangat gembira sebab ada RM60 untuk belanja, beliau minta izin naik bas ke bandar untuk beli lauk.
Dengar gembira betul kerana sudah hampir 6 hari putus bekalan lauk di rumah. Selepas pulang, beliau hubungi saya semula dan ceritakan kepada saya pengalaman beliau di pasar.
Beliau cerita beliau beli sedikit itu dan sedikit ini jadi RM60 itu habis. Saya waktu itu curiga kerana barang yang dibeli sangat sedikit, kenapa RM60 habis.
Baca juga: 5 Bau ‘Perfume’ Isteri Mampu Goyahkan Jiwa Encik Suami, Sampai Rasa Nak Cium Seharian!
Isteri dimarahi kerana beli ayam sepeket RM20
Bila saya tanya beliau, barulah beliau cerita beliau beli ayamas drummet yang sepeket hampir RM20. Terus saya marah beliau kerana saya rasa membazir.
RM20 boleh beli 2 ekor ayam dan boleh dimakan lebih 1 minggu berbanding drummet itu. Beliau minta maaf. Beliau kata beliau teringin sangat nak makan.
Terus saya balas, teringin itu untuk orang kaya, kita orang miskin, teringin kita tak laku.
“Marahkan diri saya juga kerana waktu itu saya suami tak berguna”
Beliau mula menangis dan minta maaf banyak kali. Saya masih juga marah. Marah kerana saya sudah tidak ada duit lagi mahu beri kepada beliau. Marah sebab waktu itu saya suami yang tidak berguna.
Saya letak telefon dalam keadaan marah dan beliau sedang menangis.
Malam itu saya tidak boleh tidur. Rasa betul-betul berdosa. Saya hubungi beliau dan saya minta maaf kepada beliau. Kami berdua menangis bersama di dalam telefon.
Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!
Sampai sekarang saya masih rasa berdosa kerana RM20
Ya Allah, sampai sekarang saya rasa berdosa. Kerana RM20 ini saya marah isteri saya yang banyak berkorban harta dan nyawa untuk bersama saya.
Semoga Allah masukkan isteri saya ke dalam syurga kerana selalu bersyabar dengan karenah suaminya.
Kepada tuan dan puan yang mungkin sedang dalam situasi yang sama seperti saya suatu ketika dahulu, saya doakan tuan dan puan dapat keluar secepat mungkin dari keadaan itu. Kita berdoa dan berusaha. Allah jua yang membantu kita.
Baca juga: HARAM Lelaki Lain Pinang Wanita Dalam Iddah, Ibarat Ajak Isteri Orang Nikah!
Sumber: Mohd Firdaus Jailan
FT Image: Mohd Firdaus Jailan / static.cdntap