Didik

Panduan ‘Pencil Grip’ Untuk Anak Supaya Tak Cepat Penat Menulis

13
SHARES

Menulis mungkin merupakan aktiviti yang sedikit membosankan untuk anak-anak. Mana tidaknya, di sekolah perlu menulis dengan banyak dan pulang ke rumah pun perlu dilatih menulis lagi. Penat!

Untuk pengetahuan anda, proses latihan menulis ini perlu diterapkan dari kecil lagi dan memerlukan kekuatan dan segi tangan dan bahu anak-anak. Namun, anda perlu perhatikan cara anak memegang pensel tersebut sama ada betul atau tidak. Ada kesannya! Jom baca perkongsian dari pendidik awal kanak-kanak tentang panduan ‘pencil grip’ anak-anak.

Baca juga: Anak Cepat Penat Menulis? Ini Jenis Mainan Kuatkan Jari Anak Boleh Beli Di Shopee

PANDUAN PENCIL GRIP UNTUK ANAK TAK PENAT MENULIS

“Anak saya ni tak suka sangat nak menulis or mewarna, asyik cakap penat je. Geram betul”

Parents, apa kata check balik pencil grip anak. Anak anak takkan mengadu kalau takde sebab tau. Ini guideline pencil grip based on umur anak.

Berikut merupakan panduan memegang pensil yang betul bagi tahap umur dari 1 tahun hingga 7 tahun. Ini bagi memastikan anak-anak tidak malas dan mudah letih menulis apabila menggunakan teknik memegang pensil dengan betul.

Kenapa anak tak berminat bila menulis?

Antara sebabnya cara pegangan pensel yang tak betul. Contoh dalam gambar, pegangan kuat dan tegang akan buatkan tangan anak terasa penat. Sebab tu anak jadi tak suka nak menulis and dicop “malas”.

Kalau anak minat pegang dan bermain dengan pensel, parents boleh tunjukkan cara pegang pensel dengan betul. Tapi bear in mind, benda ni akan ambik masa dan perlu proses pengulangan yang kerap okay. Kalau umur 4 tahun still pegang pensel macam umur 1 tahun, anak perlukan bantuan ye parents.

Please rangsang fine motor skill anak anak dengan kerap and banyakkan aktiviti kat rumah. Tolong jangan ignore sebab benda ni sangat penting utk perkembangan anak. Btw parents, if anak still struggle untuk pegang pensel, selain banyakkan fine motor skill activity boleh try cari pensel holder macam ni ye. Inshallah boleh bantu anak slowly.

Sumber: Twitter @aishahshm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×